Empat Kanak-Kanak Keracunan, Termakan Gula-Gula Rinda Diaduk Syabu
WELLINGTON, NEW ZEALAND – Polis New Zealand berkata mereka telah menemui 29 pil syabu dibungkus sebagai gula-gula nenas Rinda buatan Malaysia yang diedarkan kepada orang ramai dalam pek amal pada Khamis
Polis berussha untuk menjejaki lebihan dadah tersebut yang didermakan tanpa nama kepada badan amal anti-kemiskinan Auckland City Mission yang secara tidak sengaja diedarkan semula.
Dalam ujian, satu daripada kepingan didapati mengandungi tiga gram syabu iaitu dos yang berpotensi membawa maut bagi dadah jenis itu.
Mengikut laporan AFP, siasatan jenayah telah dilancarkan dan polis cuba mengesan sehingga 400 orang yang mungkin menerima gula-gula palsu itu.
“Polis akan bekerja dengan cepat untuk mendapatkan semula mana-mana yang dilepaskan dalam komuniti.
“TETAPI, SEBAHAGIAN DARIPADA TEKA-TEKI ADALAH MENCARI BERAPA BANYAK YANG MUNGKIN MASIH ADA DI LUAR SANA,” KATA DETEKTIF INSPEKTOR GLENN BALDWIN DALAM SATU KENYATAAN.
Empat orang termasuk dua kanak-kanak, seorang remaja dan seorang pekerja amal
setakat ini telah diberi rawatan perubatan selepas merasai gula-gula itu.
Menurut pihaknya, tiada yang sakit teruk, manakala dakwaan bahawa dadah jelmaan gula-gula itu dijual di Facebook Marketplace juga sedang disiasat.
Pengilang gula-gula Malaysia Rinda Food Industries memberitahu berkata penjenamaannya telah “disalahgunakan” dan ia tidak “membenarkan penggunaan mana-mana dadah haram dalam produk kami.”
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Spiele
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Ausbildung
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Vorschau
- Vps Forex