Adik Nuraina Dipercayai Dirogol dan Dibunuh, Ada Kesan Koyakan Pada Kemaluan

0
7Кб

SUNGAI SIPUT: Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas Nuraina Humaira Rosli, 10, menemui kesan koyakan pada kemaluan.

Menurutnya, laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput pada jam 4.30 petang itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.

“BERDASARKAN SIASATAN AWAL DIJALANKAN, ADA KEMUNGKINAN KANAK-KANAK INI YANG MEMPUNYAI MASALAH PENDENGARAN DAN LEMBAM TELAH DIROGOL DAN DIBUNUH DI TEMPAT LAIN SEBELUM MAYATNYA DILETAKKAN DI KAWASAN MANGSA DITEMUI.

“Dengan perkembangan baharu ini, kes yang pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini lapor Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, susulan kes itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja berkenaan yang juga saudara terdekat mangsa ditahan di kediamannya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu pada jam 5.30 petang pada Ahad.

“Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok (Isnin) di Mahkamah Majistret Sungai Siput.

“Setakat ini polis telah merakam percakapan penduduk kampung dan kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khaizam berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati, tempat terakhir kanak-kanak berkenaan dilihat adalah di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya sekitar jam 3 petang pada Jumaat.

“Jadi kehilangan mangsa disyaki berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Siasatan masih di peringkat awal jadi kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ke sini untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian itu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di kampung berkenaan.

Поиск
Категории
Больше
Bussines News
Activated Carbon Prices, Pricing, Charts and Forecast
North America Activated Carbon Prices Movement Last Quarter: Activated Carbon Prices in the...
От Stephen Thomas 2025-03-10 10:25:05 0 1Кб
Film
1 Girl 15 Hands Viral Videos Original Leaked Full HD X Link rkg
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
От Borfeg Borfeg 2025-01-29 06:14:46 0 673
Другое
What’s Included in a Party Bus Rental? Must-Know Details
Have you ever daydreamed about riding in style with your friends, music thumping, and laughter...
От Harry Wandusen 2025-03-04 18:13:59 0 603
Другое
[Cancellation~Policy] Can i cancel my American flight without a penalty?
[Cancellation~Policy] Can i cancel my American flight without a penalty? American allowed to...
От Mike Jane 2025-01-29 17:27:16 0 703
Другое
How Can A Pet Groomer Improve Your Pet's Appearance And Comfort?
Did you ever imagine why some animals are so well-groomed and comfortable while others might not?...
От Harry Wandusen 2025-03-10 19:39:21 0 552