Apakah Tuhan tahu saya sedang tersiksa? – Isi diari doktor pelatih ‘inject’ diri sendiri terdedah

0
3K

Berita mengenai pemergian duka doktor pelatih bernama Aulia Risma Lestari, 30, benar-benar menghibakan netizen di media sosial. Allahyarhamah yang sedang mengikuti program latihan perubatan dalam bidang anestesia bagi tahun ke-2 ditemui ‘tewas’ dalam rumah sewanya selepas didapati menyuntik ubat bius secara langsung ke lengan.

Apa Tuhan tahu saya sedang tersiksa? - Isi diari doktor pelatih 'inject' diri sendiri terdedah

Curhatan sedih Dr Aulia dalam buku diarinya

Berdasarkan diari peribadi yang ditemui, rupanya Dr Aulia berdepan tekanan hebat sepanjang menjalani tempoh latihan perubatan tersebut termasuklah melayani kerenah doktor-doktor senior di tempat kerja. Berikut adalah salah satu curhatan yang ditulisnya :

“1 semester aku berjuang di sini. Terlalu berat untukkku, perit sekali. Beban fizikal yang cukup besar. Aku ingin berhenti. Perit sekali, sungguh perit. Rasanya masih sama. Aku ingin berhenti. Aku tak sanggup bekerja seperti ini setiap hari. Ada yang boleh tolong aku? Apa Tuhan tahu saya sedang tersiksa? Apa Tuhan tahu aku sedang keperitan? Kenapa setiap kali aku berharap, tidak pernah ada jawapannya? Adakah Tuhan membenciku? Aku selalu menjerit meminta pertolongan. Tapi kenapa aku dibiarkan? Adakah aku dilahirkan hanya untuk mengakhiri?

Apa Tuhan tahu saya sedang tersiksa? - Isi diari doktor pelatih 'inject' diri sendiri terdedah

Seni kehidupan mana yang aku lihat dulu sehingga aku setuju untuk dilahirkan? Aku bukan terus mengalah tanpa berusaha. Aku sedang menanggung banyak, aku manusia biasa. Punggung aku terasa perit setiap kali pulang (kerja). Pulang lewat, bukan duduk-duduk sahaja. Aku merasakan perit yang luar biasa pada lewat malam. Aku tidak sanggup lagi meneruskan kitaran ini. Aku mohon, maafkan aku. Maafkan aku yang menyerah. Aku sudah berjuang, aku sudah sangat berusaha. Aku mohon, aku mohon. Aku tak sanggup lagi bila harus menanggung beban lebih lama. Aku sendirian, aku berjuang sendiri. Tidak ada yang menolongku. Aku enggan keperitan ini lebih lama lagi. Semoga Tuhan mengampuniku. Tuhan, aku perit. Aku mohon tempat pulang”

Beberapa pihak yang merahsiakan identiti mereka tampil dedahkan sikap senior perubatan

Rentetan nasib malang Dr Aulia, beberapa mahasiswa pelatih serta alumni yang pernah mengikuti latihan perubatan di institusi terbabit tampil membongkarkan sisi gelap lain. Rupanya, layanan buruk yang diberikan kepada para pelatih sudah menjadi benda normal bagi senior dalam bidang perubatan tersebut. Berikut merupakan bentuk penganiayaan yang pernah diterima mereka :

* Doktor pelatih yang membuat kesalahan ketika praktikal dihukum secara verbal & fizikal, dilempar barang, disiram kopi, kepala dilempang, dihantukkan ke dinding, diludah dan lain-lain.
* Wajib minta izin setiap kali mahu bercakap dengan doktor senior.
* Isteri doktor pelatih dikumpulkan dalam satu grup WhatsApp. Wajib ikuti perjumpaan (gathering) & patuh kepada suruhan isteri para senior. Jika membantah, suami yang sedang jalani praktikal akan terima padahnya.
* Isteri doktor pelatih perlu bersedia 24 jam tanpa sebarang alasan, apa saja yang diperintahkan, wajib diikuti serta merta.
* Jika para isteri lambat respons dalam grup WhatsApp, suami yang sedang berada di kampus perubatan akan dihukum berdiri lama sehingga subuh bahkan tidak dibenarkan pulang.
* Para isteri dipergunakan dari segi kewangan, perlu belanja isteri-isteri doktor senior. Ada yang disuruh ambil kunci rumah yang tertinggal, kuncikan pintu rumah kemudian hantarkan kunci itu kepada doktor senior yang sedang tonton wayang dengan isteri di luar.
* Jika ada yang cuba melawan atau bersuara, mereka diugut akan digagalkan daripada semester tersebut. Proses praktikal suami akan disukarkan. Demi segulung ijazah kedoktoran, semua pihak terpaksa akur. Ada yang tarik diri sejak semester pertama kerana tidak mampu mendepani persekitaran toksik itu.

Pihak kampus nafi berlaku penganiayaan terhadap junior

Pun begitu, pihak kampus menafikan sekeras-kerasnya tentang penganiayaan sebegitu dalam institusi mereka. Sekiranya benar para senior melakukan hal tersebut, mereka berkata tindakan tegas bakal dikenakan.

Search
Categories
Read More
Opinion
Muka tak sama dalam resume, Gambar profil guna ‘filter’, wanita dihalau balik dari temuduga
Seorang wanita mendakwa dia dilarang untuk mengikuti sesi temu duga di sebuah kedai kosmetik...
By Iklan viral 2024-10-22 12:35:42 0 1K
Crime
Mahu mencari kerja, tapi lain pula yang terjadi
Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pemuda berusia 22 tahun apabila diliwat oleh lelaki...
By Gakeps Official 2024-08-07 13:44:31 0 4K
Crime
Maritim gagalkan seludup minyak petrol
𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 : Sejumlah 675 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 27 tong disyaki cuba...
By Gakeps Official 2024-08-24 22:22:03 0 3K
Opinion
Jemaah haji indonesia menjerit minta wang depan Kaabah
MEKAH  –  Perbuatan seorang jemaah haji Indonesia yang selamba menjerit meminta...
By Omiyou Network 2024-06-20 12:28:45 0 5K
Sports
johan ghazali tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
JAGUH Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama...
By Gakeps Official 2024-09-07 11:23:21 0 2K