20 tahun jadi buruan, seorang penjenayah dikehendaki rupanya Polis!

0
3K

Seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selama 20 tahun didapati bekerja sebagai anggota polis di Mexico, lapor CBS News.

Antonio Riano, yang dikenali sebagai The Devil, melarikan diri selepas membunuh seorang lelaki di Cincinnati pada Disember 2004.

Sejak itu, dia tersenarai sebagai orang dikehendaki dan diburu oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat.

Namun, Antonio akhirnya berjaya ditahan dengan kerjasama pihak berkuasa Mexico dan dihantar ke Amerika Syarikat pada 1 Ogos lalu.

Dia dihadapkan ke mahkamah pada 5 Ogos lepas dan berdepan pertuduhan membunuh tahap 1.

20 tahun jadi buruan, penjenayah dikehendaki rupanya Polis!

Walaupun kes ini sepi selepas Antonio melarikan diri, pihak polis tidak pernah menutup kes tersebut.

Paul Newton, bekas pegawai polis yang menyiasat kes ini 20 tahun lalu, berkata pihak polis aktif memburu Antonio semula sejak awal tahun ini.

Menurut Newton, kini bekerja dengan Pejabat Pendakwa Raya County, polis melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki Antonio dan membawanya ke muka pengadilan. Mereka akhirnya menemukan akaun Facebook milik Antonio dan berjaya mengesan lokasinya di Oaxaca, Mexico.

Walaupun sudah berusia, gambar-gambar Antonio yang dimuat naik di Facebook meyakinkan mereka bahawa dia adalah orang dikehendaki yang mereka buru selama ini. Siasatan lanjut menunjukkan Antonio selama ini bekerja sebagai anggota polis di Jabatan Polis Zapotitlan Palmas di Mexico.

Pihak berkuasa segera berhubung dengan pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan Antonio adalah anggota mereka. Antonio kemudiannya ditahan oleh Polis Mexico dan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menjalani hukuman.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kentucky, Antonio sempat menjawab soalan wartawan mengenai keputusannya untuk menjadi anggota polis. Dia menjelaskan bahawa dia mahu membantu orang ramai di Mexico dan menafikan pernah membunuh seseorang 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Antonio dan tidak memerlukan pengakuan bersalahnya

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Trick and hack
cara simpan kentang yang betul, boleh tahan 2 bulan!
Biasanya kentang ni kalau lambat dimasak akan cepat tumbuh tunas dan buruk akhirnya terpaksa...
By Gakeps Official 2024-08-10 23:54:27 0 3K
Tech
Aplikasi dating Tinder dan Omi adalah haram digunakan pasangan sudah berkahwin
Ramai pasangan yang sudah berkahwin tidak mengetahui tentang hukum menggunakan aplikasi dating...
By Iklan viral 2024-09-23 01:03:22 0 1K
Local News
Jadual Bayaran Mengikut Bank : STR Fasa 3
Kerajaan melalui Kementian Kewangan telah menyatakan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)...
By Gakeps Official 2024-08-12 16:36:01 0 3K
Local News
Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf...
By Gakeps Official 2024-09-04 23:39:32 0 2K
Bussines News
Cara Mudah Menjana Wang dengan Menulis Blog di Gakeps
Berikut adalah panduan mudah untuk membuat blog di Gakeps: Langkah Pertama: Masuk ke halaman...
By Gakeps Official 2024-09-10 06:31:36 0 2K