Saintis dedah satu hari nanti Bumi akan mengambil masa 25 jam sehari!

0
3K

Hari di Bumi akan semakin panjang kerana Bulan semakin menjauhi planet kita, menurut laporan portal berita MailOnline semalam.

Para saintis mendapati bahawa apabila Bulan bergerak lebih jauh, tarikan graviti Bulan terhadap Bumi turut berubah.

Hal ini menyebabkan putaran Bumi semakin perlahan, menyebabkan hari menjadi lebih panjang.

Menurut mereka, masa satu hari di Bumi boleh bertambah hingga 25 jam, tetapi proses ini akan memakan masa kira-kira 200 juta tahun.

“Apabila Bulan semakin jauh, Bumi berfungsi seperti peluncur figura yang berputar perlahan,” kata ahli geosains dari Amerika Syarikat, Stephen Meyers.

Saintis dedah satu hari di Bumi akan menjadi 25 jam!

Bulan kini terletak kira-kira 383,023 kilometer dari Bumi dan memerlukan sekitar 27.3 hari untuk menyelesaikan satu pusingan orbit mengelilingi planet kita.

Kajian sebelumnya menunjukkan bahawa Bulan bergerak menjauhi Bumi pada kadar kira-kira 3.81 sentimeter setahun, yang bermaksud ia akan mengambil masa lebih lama untuk mengelilingi Bumi.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Crime
Dua suspek warga asing berkenaan kes gaduh masih diburu polis
KOTA KINABALU : Polis sedang mengesan dua suspek warga asing selepas dipercayai terlibat dalam...
Por Gakeps Official 2024-07-01 11:55:53 0 4K
Opinion
rambut panjang tak masuk neraka! Bapa berang rambut anak digunting
Satu kisah gempar seorang bapa mengamuk di hadapan sebuah sekolah agama gara-gara rambut anaknya...
Por Omiyou Network 2024-07-09 14:21:22 0 3K
World News
Guru agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar
JAKARTA – Polis Indonesia menyiasat kes seorang guru yang didakwa menjalin hubungan...
Por Iklan viral 2024-09-27 06:12:29 0 1K
Local News
Gara-gara scammer, bank bakal ketatkan peraturan buka akaun baru
Pada masa akan datang, proses untuk membuka akaun bank baharu dilaporkan akan menjadi lebih ketat...
Por Gakeps Official 2024-08-12 08:48:42 0 3K
Crime
SPRM bongkarkan kartel projek bekal baja bernilai RM1.8 billion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel...
Por Gakeps Official 2024-10-30 13:41:02 0 1K