Isteri melayu terlanjur kesal dengan suami orang

0
3K

BAHTERA perkahwinan antara Amin bersama Zahra (bukan nama sebenar) kelihatan cukup sempurna apabila masing-masing dilihat saling mencintai antara satu sama lain.

Saban waktu, mereka sering memuat naik foto romantik ketika makan atau bercuti bersama di media sosial, sekali gus membuatkan ramai berasa iri hati.

Meskipun masing-masing hanya berkerja sebagai kakitangan kerajaan berpangkat rendah di
Putrajaya, namun kehidupan pasangan tersebut terlihat saling melengkapi antara satu sama lain.

Hasil perkahwinan tersebut, pasa­ngan yang menetap di ibu kota itu dikurniakan dua orang cahaya mata comel yang masing-masing berusia lima dan dua tahun.

Bagaimanapun, bahtera perkahwinan mereka akhirnya diuji dengan hebat sehingga menyebabkan ia karam dan musnah pada Mac tahun lalu.

Perkongsian hidup pasangan berusia awal 30-an itu musnah disebabkan perubahan sikap ketara yang ditunjukkan oleh Zahra angkara tergilakan suami orang.

“Saya tidak sangka sama sekali, isteri tercinta akan jatuh hati dengan lelaki lain. Paling saya tidak boleh terima, lelaki berkenaan adalah suami orang,” ujar Amin dalam nada sebak ketika ditemu bual K2 baru-baru ini.

Menurut Amin, dia mula menghidu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya selepas melihat sikap Zahra yang gemar berhias setiap kali keluar bekerja.

Ceritanya, Zahra juga banyak menghabiskan masa dengan menghadap te­lefon bimbit ketika di rumah sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

“Pada mulanya saya anggap perubahan sikap ditunjukkan oleh Zahra adalah normal. Namun, lama-kelamaan sikap­nya semakin menjadi-jadi.

“Pernah satu ketika, dia leka membalas WhatsApp lelaki berkenaan sampai tidak perasan anak saya berusia setahun terminum cecair peluntur di dapur,” katanya.

Telahan awal Amin terhadap Zahra terjawab apabila dia melihat sendiri kelibat isterinya sedang makan berdua bersama lelaki tersebut di sebuah hotel di Putrajaya.

Selepas penyiasatan dan bertanya kepada kenalan rapat, Amin mendapati lelaki tersebut merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan yang berkerja di ­Putrajaya.

Dia juga mendapat maklumat bahawa lelaki yang bersama isterinya itu berusia lewat 40-an dan masih berstatus suami orang.

“Saya tahu Zahra rapat dengan lelaki berkenaan selepas salah seorang rakan rapat memberitahu sering ternampak kelibat isteri saya dengan seorang lelaki tidak dikenali.

“Mula-mula saya ingat mereka tidak lebih daripada rakan sekerja. Tetapi selepas melihat sendiri kemesraan Zahra dan lelaki berkenaan, saya yakin hubu­ngan mereka lebih daripada itu,” ujarnya.

Meskipun mengetahui hubungan terlarang isterinya itu, namun Amin memilih untuk mengambil sikap mengunci mulut dengan memberi peluang kepada Zahra untuk berubah.

“Saya tahu, dia tidak pergi bertugas di luar kawasan pun. Sebaliknya, dia pergi bercuti bersama lelaki berkenaan secara berdua.

“Ketika dia sedap berseronok di luar, saya terpaksa bersendirian di rumah menjaga anak-anak, Pada hari minggu, dia juga keluar bersama rakan-rakan,” jelasnya.

Disebabkan itu, Amin bertindak untuk menyoal kepada Zahra mengenai hubungan terlarang tersebut dan isteri­nya mengakui dia sudah jatuh hati de­ngan lelaki itu.

Menurut Amin, isterinya memberitahu dia mencintai lelaki tersebut kerana berpangkat dan bergaji besar, sekali gus membolehkannya merasai kemewahan yang didambakan.

Amin mengakui Zahra seorang materialistik, namun dia tidak mampu memenuhi tuntutan isterinya disebabkan gajinya yang tidak seberapa.

Amin sedar, dia tidak mampu lagi mempertahankan rumah tangganya di­sebabkan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Zahra dengan kehadiran orang ketiga.

Selepas berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk menceraikan Zahra di mahkamah syariah bagi membo­lehkan isterinya hidup bersama dengan lelaki berkenaan.

“Sewaktu melafaz cerai di hadapan hakim, saya ada kemukakan beberapa bukti yang menunjukkan Zahra berlaku curang ketika masih bergelar isteri.

“Di hadapan hakim, saya mengakui tidak mahu menjadi lelaki dayus. Jadi, saya terpaksa berpisah dengan Zahra bagi membolehkan kami membawa haluan masing-masing selepas ini,” katanya lagi.

Zoeken
Categorieën
Read More
Food
Kalau Pizza Bulat, Kenapa Disimpan Dalam Kotak Petak? Inilah Sebabnya
Pizza merupakan salah satu makanan segera yang semakin popular di seluruh dunia dan menjadi...
By Hermain Sikui 2024-06-19 05:16:09 0 4K
Local News
KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan
SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:21:07 0 4K
Religion
Gambar yang nampak dada itu Ebit Liew yang tangkap layar
TENOM SABAH – Pengadu yang juga saksi kesembilan mengaku ada mendedahkan bahagian dadanya...
By Gakeps Official 2024-08-30 22:41:59 0 2K
Opinion
Gara-Gara Ketagih Judi Online, Isteri bakar suami Sampai Mati
JAKARTA – Seorang wanita di Alor, wilayah Nusa Tenggara Timur nekad membakar suaminya...
By Gakeps Official 2024-11-21 11:33:19 0 75
Crime
warga asing miliki syabu ditahan di Tawau
TAWAU :  Seorang lelaki warga asing ditahan bersama 8.25 gram dadah jenis syabu di sebuah...
By Gakeps Official 2024-08-23 04:08:23 0 2K