warga asing miliki syabu ditahan di Tawau

0
2K

TAWAU :  Seorang lelaki warga asing ditahan bersama 8.25 gram dadah jenis syabu di sebuah kawasan lapang di sekitar Bombalai, Tawau di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan kemudiannya bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan, pihak Polis menjumpai sebuah beg kecil di dalam poket seluar yang dipakai suspek.

“Pemeriksaan lanjut di dalam beg kecil berkenaan mendapati terdapat tiga peket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 8.25 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, suspek dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan ujian air kencing pula mendapati suspek warga asing berusia lingkungan 31 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Polis sedang giat menjalankan siasatan susulan bagi mengesan rangkaian pengederan dadah di daerah ini,” jelas Jasmin.

Jasmin berkata, Polis Tawau sedang giat aktif menjalankan operasi yang berkonsepkan agresif policing dalam usaha menangani kes jenayah dan dadah di daerah ini.

Buscar
Categorías
Read More
Crime
Lelaki warga asing gagal larikan telepon bimbit diberkas polis bersama syabu
TAWAU : Seorang lelaki warga asing ditahan selepas gagal melarikan sebuah telefon bimbit di...
By Gakeps Official 2024-08-28 00:58:57 0 2K
Crime
Lelaki paling dikehendaki polis di tahan di Tawau
TAWAU : Polis memberkas seorang lelaki dikehendaki dalam satu serbuan di sekitar kawasan Ladang...
By Omiyou Network 2024-07-05 10:57:57 0 3K
Crime
Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah
TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditahan bersama 26 paket syabu di sebuah...
By Iklan viral 2024-10-10 15:00:34 0 954
Local News
DBKK Tingkatkan Pemeriksaan Dan Pemantauan Premis Makanan
KOTA KINABALU: Sejumlah 245 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan)...
By sabah post 2024-07-10 21:02:21 0 3K
Religion
Terkini! Semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak undang Ustaz Don beri ceramah agama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan arahan agar penceramah Ustaz Don Daniyal...
By Omiyou Network 2024-06-29 12:46:11 0 4K