Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t
telah menjalankan serbuan di sebuah kediaman di Ampang Jaya kelmarin dan menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM883,093.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin,
berkata dalam serbuan tersebut, polis menemui 25.65 kg methamphetamine, 717 gram heroin, dan 9,000 mililiter cecair kimia.
“Modus operandi sindiket ini melibatkan penyewaan rumah kedai yang dijadikan sebagai stor penyimpanan dadah.
Premis ini sebenarnya berfungsi sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke luar negara menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Suspek didapati positif methamphetamine dan semakan rekod jenayah menunjukkan suspek tiada rekod lampau.
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 20 Ogos ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah untuk menghubungi talian hotline JSJN di 012-2087222.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Jogos
- Health
- Início
- Literature
- Music
- Networking
- Outro
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Educação
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Anterior
- Vps Forex