Maritim gagalkan seludup minyak petrol

0
3K

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 : Sejumlah 675 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 27 tong disyaki cuba untuk diseludup ke negara jiran, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, anggota penguatkuasa mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan bergerak dalam kejadian 2.40 pagi menuju ke perairan Tanjung Pasir, Sandakan.

Katanya, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan suspek berhenti dengan menggunakan pembesar suara dan siren untuk pemeriksaan.

“Setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, vesel tersebut terus memecut laju menuju ke kawasan hutan paya bakau berhampiran.

“Dua suspek yang berada vesel berkenaan berjaya meloloskan diri dan meninggalkan vesel tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Suhairy berkata, Vesel menggunakan enjin sangkut 85 kuasa kuda itu berjaya ditahan pada pukul 3.00 pagi di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara muara Tanjung Pasir, Sandakan.

“Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah RM15,000.

“Kes ini akan disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah,” jelas Muhamad Suhairy.

Search
Categories
Read More
World News
Wanita putus cinta menangis tengah jalan punca trafik sesak teruk
BANGKOK – Seorang wanita di Pattaya Timur menangis teresak-esak di tengah jalan selepas...
By Gakeps Official 2024-11-21 11:37:50 0 744
Infomation
Fathia Latiff mengakui suntik ‘filler’ demi nampak cantik & muda
Pelakon Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya demi untuk kelihatan...
By Gakeps Official 2024-09-01 06:49:01 0 2K
Crime
Terima Padah! Baru kenal dah berani keluar dengan jantan
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa menjadi mangsa noda rakan lelaki yang dikenali...
By Gakeps Official 2024-07-05 10:52:03 0 3K
Crime
doktor mengaku tidak bersalah, Rakam punggung wanita
Seorang pegawai perubatan sebuah hospital didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan...
By Gakeps Official 2024-11-22 13:36:07 0 484
Local News
ESSCOM Tahan 17 PTI dan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM161,000 Di Sandakan
SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai...
By Gakeps Official 2024-08-24 22:16:37 0 3K