Bapa dan anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah

0
3Кб

MUAR: Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di Taman Indah, Sungai Abong, di sini, semalam.

Mayat dua beranak dipercayai berusia 40-an dan 70-an itu ditemui oleh sebuah pertubuhan kebajikan (NGO) yang dipanggil penduduk selepas curiga terhadap kelibat mereka tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, mayat dua beranak itu ditemui kira-kira jam 12 tengah hari dengan bapanya ditemukan dalam bilik air manakala anak lelakinya di atas sofa.

Pada masa sama, seorang lagi anaknya, wanita berusia lingkungan 40-an yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui selamat namun dalam keadaan tidak bermaya.

Tiga beranak itu menetap di rumah terbabit sejak sekian lama selepas ibunya meninggal dunia beberapa tahun lalu, dengan kedua-dua anaknya dikategorikan OKU lembam.

Jiran yang enggan dikenali berkata, pada hari penemuan itu, mereka pelik apabila rumahnya bergelap lalu meminta bantuan NGO untuk memeriksanya.

“Penduduk memanggil NGO terbabit kerana mereka selalu datang ke sini menghantar bantuan memandangkan bapanya tidak bekerja.

“Dua anaknya pula, masing-masing lelaki dan perempuan adalah OKU dan dijaga sepenuhnya oleh bapa mereka.

“Apabila pintu dibuka, mereka melihat anaknya lelakinya terbaring atas sofa manakala anak perempuannya dalam keadaan tidak bermaya dipercayai kelaparan,” katanya.

Katanya, NGO dan penduduk taman itu kemudian menghubungi polis bagi mendapat bantuan selanjutnya.

Menurutnya lagi, ketika polis memasuki rumah, mereka menemui mayat bapanya dalam bilik air,” katanya ketika ditemui.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mereka sementara seorang lagi dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai sudden death report (SDR).

Поиск
Категории
Больше
Local News
Tiada Lagi Permohonan Tambahan Masa Untuk Projek Pan Borneo Sabah - KKR
KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap tiada lagi permohonan tambahan...
От Gakeps Official 2024-10-07 05:48:38 0 1Кб
Local News
Kini Lebih Ramai Miskin Tegar Di Sabah Miliki Rumah Selesa
SIPITANG: Penambahan jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 rumah setiap Dewan...
От Gakeps Official 2024-09-23 12:28:51 0 1Кб
Infomation
lebih 60 tahun meniaga sate tak pernah basuh periuk, pemilik dakwa itu adalah resepi rahsia sate sentiasa sedap
Gara-gara tidak membersihkan balang sos sejak lebih setengah abad, sebuah restoran popular di...
От Iklan viral 2024-09-02 05:58:10 0 2Кб
World News
Ingatkan potong ayam, rupanya ‘kawan makan kawan’
NGERI, hanya itulah perkataan yang sesuai menggambarkan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di...
От Omiyou Network 2024-07-04 13:02:10 0 4Кб
Opinion
Seorang Lelaki mengeluh duit gaji tinggal RM50 selepas beli superbike BMW
Seorang pemuda berusia 26 tahun terpaksa menanggung komitmen bulanan yang besar gara-gara...
От Omiyou Network 2024-06-21 10:59:05 0 4Кб