Wakil Rakyat Tidur! Kanak-Kanak Tampal Sendiri Jalan Berlubang Raih Perhatian Netizen

0
2K

Umum tahu krisis yang sedang melanda negara jiran, Indonesia menyebabkan rakyat tidak dipedulikan oleh wakil rakyat lagi.

Disebabkan itu ramai mengambil alternatif untuk melakukan protes termasuk mahasiswa di universiti.

Buat kanak-kanak di Indonesia ini pula, akibat menunggu lama bantuan untuk menampal jalan berlopak di depan rumahnya, dia nekad membuat ia sendiri.

Seorang kanak-kanak di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas menampal sendiri jalan yang berlopak di hadapan rumahnya, lapor saluran berita.

Menurut Abatanews, video tersebut dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @bimprtmchya pada Rabu lalu.

Jelas terlihat dalam video itu budak berbaju biru itu dilihat membancuh simen dan pasir sebelum meratakan campuran tersebut ke dalam lubang di atas jalan.

Tidak mahu orang awam terlanggar, kanak-kanak tersebut meletakkan kerusi kayu dan sebatang bambu di sekelilingnya sebagai penanda untuk lalu lintas.

Rata-rata netizen di Indonesia memuji sikap budak tersebut dan pada masa sama menyindir pemerintah mereka.

“Mesti budak tu kata daripada negara ni tak maju-maju baik aku buat sendiri sahaja.

“Sekurang-kurangnya dia sudah berjasa kepada ramai orang dengan menampal jalan tersebut.

“Nampak gaya budak ni lagi bijak daripada pemerintahnya, kalau hantar aduan, tunggu 10 tahun pun baru keluar proposal,” antara komen netizen Indonesia.

Search
Categories
Read More
Trick and hack
tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur
Seronoknya apabila laman belakang rumah seperti pasarraya, nak apa semua dapat petik! Namun ada...
By Gakeps Official 2024-10-22 15:40:38 0 924
Local News
Cubaan bunuh dua polis, juruukur tanah mengaku tidak bersalah
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:38:12 0 1K
Opinion
‘Kereta 40k, personal loan 38k, kad kredit pula 15k’ Wanita mengeluh tertekan kawan dengan golongan M40
Dalam aspek pengurusan kewangan yang baik, kita disarankan untuk mengurangkan hutang tidak...
By Gakeps Official 2024-11-19 01:04:53 0 812
Crime
taktik 'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat wang pampasan
JOHOR BAHRU - Kegiatan satu sindiket 'ejen insurans' yang menggunakan taktik kejam membunuh...
By Gakeps Official 2024-06-24 18:05:50 0 4K
Tech
Apa itu gakeps?
"Gakeps" adalah sebuah laman web yang direka untuk menjadi pusat maklumat dan perkhidmatan...
By Gakeps Official 2024-08-11 02:31:21 0 3K