Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini

0
2Кб

KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diputuskan pada 27 Nov ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi Bernama hari ini manakala peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan tarikh tersebut.

Kedua-dua pihak selesai berhujah pada 1 Ogos lepas di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Ini adalah rayuan terakhir Peter selepas Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lepas menolak permohonannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, dituduh memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan bagi tujuan menipu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Поиск
Категории
Больше
Entertaiment
Mark Zuckerberg hadiahkan isterinya Porsche Cayenne Turbo GT ‘custom’ jadi minivan
Suami mana yang tidak mahu tunaikan impian isteri tercintanya, kan? Selagi mampu, sang suami...
От Gakeps Official 2024-10-08 00:03:56 0 744
Sports
Kolkata Fatafat 2024: How the Event Is Revolutionizing Local Culture
Kolkata FF is a popular game that many people in Kolkata enjoy playing. It's a type of lottery...
От Kolkata Fatafat 2024-09-08 15:53:34 0 2Кб
Local News
Geng Pecah Masuk Rumah Terkenal Nama ‘Geng Ali Baba’ Berjaya Ditumpaskan
TAWAU: Seorang penjawat awam mendapati rumah kebun miliknya bertempat di Jalan Garson Spur Apas...
От Gakeps Official 2024-09-23 12:32:01 0 2Кб
World News
gagal cegah bencana banjir, Korea Utara hukum mati 30 pegawai kerajaan
Korea Utara menghukum mati beberapa pegawai kerajaan selepas banjir besar pada akhir Julai lalu...
От Iklan viral 2024-09-06 00:09:39 0 2Кб
Образование
Saintis pakar grafik 'dedah' wajah sebenar firaun
New York: Selepas 3,500 tahun, sekumpulan saintis dan pakar grafik melakar semula wajah firaun...
От Iklan viral 2024-10-01 03:45:42 0 1Кб