Lelaki warga asing gagal larikan telepon bimbit diberkas polis bersama syabu

0
2K

TAWAU : Seorang lelaki warga asing ditahan selepas gagal melarikan sebuah telefon bimbit di sekitar kawasan Fajar, Bandar Tawau, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa seorang lelaki berusia 28 tahun bersama sekumpulan orang awam mengejar suspek dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam.

Katanya, bagaimanapun tindakan suspek itu disedari sepasukan anggota Polis Strike Team menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bersama-sama mengejar sehingga suspek berjaya ditahan.

“Semasa tangkapan dilakukan, suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif sekali gus enggan memberi kerjasama kepada pihak Polis.

“Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg dipakai suspek dan hasil pemeriksaan polis menenui tiga peket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu berlainan saiz dengan anggaran berat 16.04 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, suspek bersama barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Local News
Curi barang kemas orang sudah mati, empat anggota polis ditahan
Empat anggota polis berpangkat konstabel dan koperal ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas...
Por Iklan viral 2024-11-03 14:08:22 0 2K
Opinion
Wanita tak mau terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu dikecam netizen
SEORANG wanita didakwa membuli pekerja penghantaran berstatus orang kurang upaya (OKU) ketika...
Por Gakeps Official 2024-08-13 03:47:08 0 3K
Bussines News
India Batalkan Pesanan 50,000 Tan Minyak Kelapa Sawit Dari Malaysia
KUALA LUMPUR – India membatal pesanan 50,000 tan minyak kelapa sawit Malaysia pada Isnin...
Por Gakeps Official 2024-09-26 00:43:12 0 1K
Entertaiment
Lydia Nditi Leaked Video Scandal: A Deep Dive into the Controversy
Lydia Nditi, a 23-year-old Kenyan model, has recently found herself at the center of a storm...
Por Rita Sain 2024-11-23 09:05:06 0 52
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
Por Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 2K