Wanita Meninggal Dunia Ketika Turun dari Gunung Kinabalu

0
2K

RANAU: Seorang pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu, Kundasang, hari ini.

Mangsa warga tempatan berusia 54 tahun dilaporkan mengalami kesejukan dan lemah di kilometer lapan, Gunung Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.24 pagi.

Katanya, tindakan pasukan penyelamat dan Malim Gunung mangsa menghubungi dan memohon bantuan tambahan kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MoSAR) bertugas untuk tindakan lanjut.

“Mangsa kemudian dibawa ke ‘Sick Bay Panalaban’ untuk rawatan lanjut termasuk bantuan lanjut oksigen dan memberi bantuan pernafasan (CPR) dengan bantuan bantuan menggunakan Automated External Defibrillator (AED).

“Namun mangsa masih tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian diusung turun ke Timpohon Gate menggunakan oleh pasukan MoSAR, TTS dan Malim Gunung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa seterusnya mendapat pemeriksaan daripada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.35 malam,” katanya.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Tech
2025 Proton Saga leaked? Photo from emerges online
Are we looking at the next-gen 2025 Proton Saga? This photo was posted on the paultan.org...
By Gakeps Official 2024-11-21 15:27:06 0 45
Educaţie
Trend bertukar pasangan suami isteri di Malaysia parah! Ada 147,000 ahli berdaftar
Rosak! Ternyata masyarakat Malaysia sudah mulai rosak dengan aktiviti yang jelas-jelas haram di...
By Iklan viral 2024-09-02 01:25:15 0 2K
Local News
Guru Buat Laporan Polis Nafi Pelajar Dipukul
KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima laporan daripada seorang...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:16:09 0 4K
Bussines News
Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diakui Antara Yang Terbaik Di Dunia
Menurut kajian oleh The Global Economy yang bersumberkan data dari World Economic Forum...
By Gakeps Official 2024-07-04 03:12:03 0 3K
Crime
SPRM bongkarkan kartel projek bekal baja bernilai RM1.8 billion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:41:02 0 1K