496 Ditahan dan RM80.11 Juta Barangan Dirampas Dalam Ops Tiris

0
2Кб

KUDAT, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 496 individu dan merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Jan hingga 28 Ogos lalu.

Memetik sumber Bernama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata dalam tempoh sama, sebanyak 29,487 pemeriksaan diadakan di seluruh negar manakala 2,005 kes direkodkan.

Katanya, Op Tiris 3.0 penting dalam usaha mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum dan gula putih bertapis 1 kilogram.

“Kementerian akan terus meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan termasuk memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan,” katanya selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih dan Advokasi Kepenggunaan di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor Ben Chong.

Armizan berkata kementeriannya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan tiga premis berasingan di Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Ogos lalu.

Beliau berkata dalam serbuan terbabit, sebanyak 180,200 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama telah disita, selain kenderaan dan beberapa dokumen seperti invois jualan dan belian.

“NILAI KESELURUHAN RAMPASAN DALAM OPERASI ITU DIANGGARKAN BERJUMLAH HAMPIR RM500,000,” KATANYA SAMBIL MENAMBAH SEORANG LELAKI TEMPATAN DAN DUA LELAKI WARGA ASING DITAHAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN.

Armizan berkata hasil siasatan awal mendapati aktiviti yang disyaki didalangi oleh syarikat pemborong minyak masak yang berlesen ini, bertujuan menyeleweng dan memindahkan minyak masak bersubsidi bungkusan polibeg 1 kilogram bagi jualan pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan selain diseludup ke negara jiran.

Katanya, siasatan sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti haram ini serta rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi itu.

“Kementerian ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan dan pengedaran minyak masak bersubsidi polibeg 1 kilogram agar lebih bertanggungjawab dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasar.

“Selain pemborong dan peruncit, pihak syarikat pembungkus juga tidak boleh lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan,” katanya.

Armizan berkata syarikat pembungkus akan turut disiasat sekiranya sesuatu jenama yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan dirampas dalam mana-mana operasi penguatkuasaan.

Поиск
Категории
Больше
Crime
Lelaki warga asing gagal larikan telepon bimbit diberkas polis bersama syabu
TAWAU : Seorang lelaki warga asing ditahan selepas gagal melarikan sebuah telefon bimbit di...
От Gakeps Official 2024-08-28 00:58:57 0 2Кб
Local News
Tamu Besar Kota Belud Mula 25 Oktober Depan
KOTA KINABALU, SABAH – Tamu Besar Kota Belud akan berlangsung selama tiga hari bermula 25...
От Iklan viral 2024-09-19 22:43:32 0 2Кб
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
От Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 960
Crime
Lelaki paling dikehendaki polis di tahan di Tawau
TAWAU : Polis memberkas seorang lelaki dikehendaki dalam satu serbuan di sekitar kawasan Ladang...
От Omiyou Network 2024-07-05 10:57:57 0 4Кб
Opinion
viral cium tepung uli pretzel, pekerja Auntie Anne’s dibuang serta-merta
Pekerja wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s dipecat selepas tular video dia...
От Iklan viral 2024-10-09 05:24:21 0 1Кб