Seorang Pekerja Feri Hilang Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Sungai

0
2Кб

KINABATANGAN: Pekerja feri hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di kawasan ladang, di sini, hari ini.

Mangsa Antonius Permisi, 40, dikatakan terjatuh dari feri berkenaan ketika menyeberangi sungai pada 9.55 pagi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.22 tengah hari.

Menurutnya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan diketuai Jasmani Osni digerakkan bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut pengadu, mangsa dipercayai terjatuh dari feri mengangkut barang ketika menyeberangi sungai.

“Pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 160 kilometer dari balai,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Поиск
Категории
Больше
Local News
KPDN Sabah Rampas 206 Liter Diesel, Tahan Seorang
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya...
От Gakeps Official 2024-08-06 15:11:48 0 3Кб
Crime
Gila! Seorang Budak perempuan tingkatan satu kena rogol dengan 26 orang lelaki
SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun trauma selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan...
От Omiyou Network 2024-06-21 11:03:52 0 4Кб
World News
Ular tedung hampir mati tercekik botol ubat batuk
NEW DELHI - Seekor ular tedung nyaris mati selepas hampir tertelan sebotol ubat batuk yang...
От Omiyou Network 2024-07-07 03:56:28 0 4Кб
World News
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan, larikan diri ke India
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara...
От Gakeps Official 2024-08-06 01:48:25 0 3Кб
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
От Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 884