Amboi! Budak sekarang memang gatal! Baby Shima terkejut terima mesej lucah remaja bawah umur

0
6K

Kerap menjadi mangsa gangguan seksual, penyanyi Baby Shima mendedahkan terkejut menerima mesej lucah daripada remaja bawah umur menerusi akaun Instagramnya.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, berkata dia menyedari identiti pengirim berdasarkan gambar profil pemilik akaun terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 13 tahun ke atas.

“Kalau setakat usik atau kecam saya boleh tahan lagi, ini sampai sebut perkataan dan pertanyaan yang memualkan. Bawah umur pula, memang melampau.

“Saya pun tak faham macam mana dia sanggup kirim mesej sebegitu. Sebagai pengajaran saya kongsi muka dia, biar dia tahu perbuatan sebegitu salah.

“Harap jadi amaran agar jangan buat tindakan biadab seperti itu pada masa akan datang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebelum ini Baby Shima memuat naik tangkap layar mesej langsung (DM) seorang pengikut lelaki yang mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Menerusi hantaran tersebut, pelantun lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah itu turut berkongsi nama akaun serta foto budak yang dimaksudkan.

Menerusi hantaran tersebut, pelantun lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah itu turut berkongsi nama akaun serta foto budak yang dimaksudkan.

Baby Shima juga dilihat turut membalas mesej tersebut dengan amaran bakal mengadu perbuatan tersebut kepada ibu bapanya.

“Amboi kau budak kecil. Kecil lagi macam siput sedut pun gatal nak jolok. Siap kau aku bagi tahu mak kau budak kecik siput sedut,” tulisnya.

Semakan dalam ruangan komen rata-rata meminta penyanyi itu menasihatkan kanak-kanak berkenaan bahkan ada juga menyarankan membuat laporan polis.

“Budak sekarang memang biadab, kalau kena tahan memang tiada rasa takut. Mungkin bangga dengan kawan-kawan,” kata netizen.

“Report polis sahaja,” ujar seorang pempengaruh.

Terdahulu, penyanyi dangdut yang turut terkenal di Indonesia itu antara selebriti yang berani mendedahkan tindakan kacau ganggu menerusi media sosialnya.

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
Other
[Delta #𝓬𝓱𝓮𝓪𝓹𝓭𝓮𝓪𝓵𝓼]Does Delta Airlines have free 24-hour cancellation?
[Delta #𝓬𝓱𝓮𝓪𝓹𝓭𝓮𝓪𝓵𝓼]Does Delta Airlines have free 24-hour cancellation? +𝟭-𝟴𝟱𝟱-𝟱𝟲𝟰-𝟴𝟬𝟬7 Delta...
By QQWERTGVC ERTLM 2025-01-27 17:53:16 0 837
World News
Analyze Boron Price History, Updated Graph and Forecast
North America Boron Prices Movement Q4 2024: Boron Prices in the United States: Product...
By Stephen Thomas 2025-02-10 07:36:40 0 1K
Bussines News
Taxi Service in Mumbai
Hire taxi in Mumbai at best price. Book local and outstation cab in Mumbai. Confirmed cab, Real...
By Cab Bazar 2024-12-21 14:31:46 0 3K
Film
![NEW-X~VIDEOs]-Anushki Kanushki Leaked Viral Video XNXX Video Original Hot Sex porn Video ukj
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-24 11:44:23 0 806
Film
(18)+ Hot Thai Mms Viral Leaed Video Links Telegram & Twitter Xxx Today myi
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-13 07:20:51 0 1K