Lembaga Getah Malaysia Aktifkan Insentif Getah Bagi Sabah dan Sarawak

0
2K

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks telah teraktif di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2024, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

LGM dalam satu kenyataan berkata, kadar teraktif di Sabah adalah 10 sen sekilogram bagi getah sekerap dengan 50 peratus Kandungan Getah Sekerap (KGK) manakala 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

“BAGI SARAWAK, KADAR BAYARAN ADALAH 20 SEN SEKILOGRAM BAGI 50 PERATUS KGK DAN 40 SEN SEKILOGRAM BAGI 100 PERATUS KGK. BAGI LATEKS, INSENTIF ADALAH 90 SEN SEKILOGRAM (100 PERATUS KGK),” KATANYA, DI SINI, PADA ISNIN.

Menurut LGM, pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.

Bagaimanapun, IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif di Semenanjung Malaysia bagi Ogos 2024, menyebabkan tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan berkenaan.

Bermula Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pelarasan ini, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan menyokong semua pekebun kecil Malaysia yang berkelayakan.

Buscar
Categorías
Read More
Literature
Chagee Malaysia steeps in scandal: Apologises after TikToker exposes alleged contest rigging
KUALA LUMPUR, Nov 20 — A popular, local tea chain Chagee has issued an apology after a...
By Gakeps Official 2024-11-21 15:16:28 0 46
Home
ini 4 sebab, Kenapa Semut Suka Hurung Air Kosong Dalam Cerek?
Hairan, Anda Perasaan tak Kenapa Semut Suka Hurung Air Kosong Dalam Cerek? Ini 4 Sebab Ramai Tak...
By Sabah News 2024-06-14 23:44:47 0 5K
Finance
SPRM bekukan 11 akaun bernilai RM1.1 Juta, sita 11 beg tangan mewah milik Pengasas FashionValet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan beberapa akaun bank...
By Gakeps Official 2024-11-07 06:24:57 0 1K
Local News
Pekerja ladang cabul kakak ipar dalam bilik
Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau hari ini atas tuduhan...
By Iklan viral 2024-11-08 06:58:06 0 1K
Politik
HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat
KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini...
By Gakeps Official 2024-10-07 05:41:08 0 766