Negara Thailand beku 34000 akaun milik scammer

0
2Кб

Persatuan Jurubank Thailand (TBA) telah menyenarai hitam seramai 15,000 warga tempatan dan menggantung 34,000 akaun bank

yang digunakan oleh pusat panggilan scammer, menurut laporan portal berita Nation of Thailand semalam.

Pengerusi TBA, Payong Srivanich, berkata sistem Fail Rujukan Silang (CRF) yang dibangunkan oleh persatuan itu

telah mengenal pasti lebih 15,000 individu terlibat dalam pengubahan wang haram.

Beliau menyatakan bahawa TBA menjangkakan sistem CRF yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) itu akan mendorong lebih banyak akaun bank disyaki milik “keldai akaun” untuk dibekukan.

Thailand beku 34000 akaun milik scammer, Malaysia bila lagi?

Sistem ini telah mengkaji maklumat yang diberikan oleh bank perdagangan sejak sembilan bulan lalu dan mula berkongsi data melalui sistem CRF di internet sejak bulan lalu.

Payong berkata, semua bank perdagangan akan menggunakan maklumat yang disediakan oleh sistem CRF dan Pejabat Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk menyenarai hitam akaun bank yang disyaki milik keldai akaun.

Akaun tersebut juga berisiko dibekukan atau ditutup.

Timbalan Gabenor Bank Pusat Thailand, Ronadol Numnonda, berkata bahawa selepas sistem CRF mula digunakan pada 1 Ogos lalu, semua bank perdagangan aktif bertukar-tukar maklumat untuk memerangi aktiviti scammer.

Ronadol menjelaskan bahawa sistem ini membolehkan bank mengenal pasti pemilik akaun yang disyaki keldai akaun dengan cepat. Akaun tersebut akan disekat, dan individu terbabit akan dihalang daripada membuka akaun baru.

Поиск
Категории
Больше
World News
Seorang Wanita Bertahan 12 Jam Atas Pokok, Terselamat Dari Banjir Besar
Seorang pelancong dari China, terselamat dari banjir besar yang melanda sebuah tempat pelancongan...
От Gakeps Official 2024-06-26 03:53:46 0 4Кб
Local News
Undang-undang jenayah cyber perlu diperbaharui segera – Masiung
KOTA KINABALU: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber umpama ‘besi buruk’...
От Gakeps Official 2024-06-20 07:30:08 0 4Кб
Crime
Hilang Kerja Kerana Rasuah, Lans Koperal Polis Kini Jaga Parking
SHAH ALAM: Bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal, dipenjara sehari dan denda RM6,000...
От Iklan viral 2024-08-29 22:48:59 0 3Кб
Local News
KPDN Sabah Rampas 206 Liter Diesel, Tahan Seorang
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya...
От Gakeps Official 2024-08-06 15:11:48 0 3Кб
Crime
‘Cabuli’ penumpang wanita, pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah
Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...
От Gakeps Official 2024-08-29 04:16:01 0 2Кб