Anak Remaja Mogok Lapar Tiga Hari, Minta Beli Iphone Dari Mak

0
3K

Iphone merupakan salah satu jenama telefon pintar yang menjadi kegilaan orang ramai di serata dunia.

Terkini, seorang remaja lelaki di India dilapor sanggup melakukan mogok lapar selama tiga hari semata-mata mahu dibelikan peranti tersebut.

Video pendek pengakuan remaja berkenaan yang dirakam oleh pemilik kedai menjual gajet itu kemudian menjadi tular dan menarik perhatian banyak pihak.

Difahamkan, video berkenaan dimuat naik ke platform X oleh wartawan tempatan bernama Abhishek dan ditonton lebih sejuta kali setakat ini.

Remaja mogok lapar, paksa ibu belikan Iphone

“Video ini menyedihkan. Si ibu hanya penjual bunga dan si anak mogok lapar selama tiga hari kerana mahukan sebuah Iphone.

“Si ibu akhirnya mengalah dan terpaksa membelikan telefon pintar itu untuk remaja berkenaan. Wajah si ibu menceritakan segala-segalanya,” kata Abhishek.

Dalam video berkenaan, remaja tersebut memberitahu dia tidak makan selama tiga hari berturut-turut kerana mahu memaksa ibunya membelikan telefon pintar mewah berkenaan.

Ibunya yang turut ada dalam video berkenaan jelas kelihatan kurang senang dengan tindakan anaknya, namun mengalah kerana tidak mahu kesihatan remaja tersebut terjejas.

Menurut Oddity Central, remaja itu bukan berasal daripada keluarga yang senang kerana ibunya hanya bekerja sebagai penjual bunga di sebuah kuil.

“Saya beri wang untuk beli telefon bimbit ini kerana dia tidak makan apa-apa selama tiga hari. Saya gembira tetapi saya mahu dia bekerja dan bawa pulang semula wang tersebut,” kata ibu remaja berkenaan.

Reaksi warga maya selepas menonton video berkenaan

Sementara itu, warga maya dikatakan telah memberikan reaksi yang bercampur-baur selepas menonton berkenaan. Namun majoriti meluahkan rasa kurang senang dan tidak menyokong tindakan remaja itu.

Mereka mendakwa, remaja itu tidak sensitif dengan kesempitan hidup dan kesusahan yang perlu dilalui oleh ibunya.

Pada masa yang sama, mereka turut menasihatkan semua pihak supaya berpada-pada dan berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak terlalu mengejar trend untuk kelihatan bergaya sehingga boleh menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

BACA: Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

Sumber: Oddicity Central

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Infomation
STR masuk akaun penerima bermula Khamis minggu depan 29 ogos
PETALING JAYA – Seramai lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan menerima...
By Gakeps Official 2024-08-23 12:22:58 0 3K
Local News
wanita Beritahu suami pergi kelas memandu, rupanya berkhalwat dengan lelaki warga bangladesh
Dua wanita tempatan ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh oleh...
By Iklan viral 2024-11-15 16:00:36 0 1K
Opinion
susah nak tahu jantina, Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti
Ramai di antara kita mungkin pernah menghadapi masalah apabila nama yang tertera pada tiket...
By Gakeps Official 2024-09-19 11:27:39 0 2K
Local News
KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan
SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:21:07 0 4K
Local News
Bapa dan Anak Perempuan Hilang Di Air Terjun Hobbiton Kokol Ditemui Selamat
KOTA KINABALU, SABAH – Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui selamat selepas hilang...
By Gakeps Official 2024-09-20 12:28:58 0 2K