yoo ah in Pelakon Korea Selatan dipenjara setahun atas kesalahan dadah

0
2KB

PELAKON Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pelakon berusia 38 tahun itu, yang karya terbarunya termasuk siri fantasi gelap Netflix "Hellbound," menghadapi tuduhan menggunakan propofol, anestetik perubatan, secara haram dengan alasan prosedur kosmetik sebanyak 181 kali antara 2020 dan 2022.

 

Dia juga dituduh menyalahgunakan tiga ubat anestetik perubatan lain, termasuk midazolam dan ketamin.

Pertuduhan terhadapnya juga termasuk membeli kira-kira 1,100 pil tidur dengan preskripsi di bawah nama orang lain, menghisap ganja semasa berada di Amerika Syarikat pada Januari, dan memaksa rakan sejenayah untuk menarik balik keterangan terhadapnya.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas pelakon itu, yang nama sebenarnya adalah Uhm Hong-sik, dan mengenakan denda 2 juta won (AS$1,490).

Mahkamah mensabitkannya atas pembelian dan penyalahgunaan dadah secara haram tetapi mendapati dia tidak bersalah kerana cuba memusnahkan bukti atau paksaan, dengan alasan bukti yang tidak mencukupi.

Yoo yang mengenakan sut hitam ditahan serta-merta atas perintah mahkamah selepas dibicarakan tanpa penahanan fizikal.

Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara empat tahun.

"(Yoo) nampaknya tidak bimbang mengenai pengambilan dadah, bergantung kepada anestetik dan pil tidur dan menghisap ganja walaupun doktor memberi amaran," kata mahkamah.

"Pergantungannya nampak serius, dan sukar untuk mengatakan bahawa dia mempunyai risiko rendah untuk melakukan kesalahan semula," katanya.

Dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini, Yoo berkata, beliau telah lama mengalami kemurungan, panik dan gangguan tidur kerana kehidupannya sebagai selebriti, mengakui kebergantungannya kepada anestetik.

Yoo juga melahirkan penyesalan atas kesalahannya sambil menambah, "Walau apa pun keputusannya, saya akan membalas mereka yang menjaga saya dengan berusaha menjadi lebih sihat dan jujur serta menjalani hidup sebagai seseorang yang boleh menyumbang kepada masyarakat." - Bernama/Yonhap

Rechercher
Catégories
Lire la suite
World News
Balai Polis huru-hara Diserang lebih 200 Ekor Monyet
Pihak polis di LopBuri, Thailand, terpaksa berkubu di balai mereka hujung minggu lalu selepas...
Par Masai Auto car 2024-11-19 18:04:31 0 545
World News
tiada ambulans di hospital, anak bawa pulang mayat bapa dengan motosikal
Dua lelaki membawa mayat bapa mereka yang berusia 80 tahun dengan menaiki motosikal untuk pulang...
Par Iklan viral 2024-09-21 05:22:32 0 1KB
Local News
Sprm Sabah Tahan Penguat kuasa sebuah agensi disyaki terima rasuah RM120,000
KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai...
Par Gakeps Official 2024-08-11 00:09:22 0 3KB
Credit
Negara Thailand beku 34000 akaun milik scammer
Persatuan Jurubank Thailand (TBA) telah menyenarai hitam seramai 15,000 warga tempatan dan...
Par Bangsawan Epm 2024-09-03 12:58:21 0 2KB
Crime
5 Penjawat awam ditahan SPRM disyaki kemuka tuntutan matan palsu
KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima orang penjawat...
Par Iklan viral 2024-09-10 23:44:58 0 2KB