Khazanah diminta rangka pelan wajah baru Kuala Lumpur sebelum Belanjawan 2025

0
2K

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad diminta untuk merangka satu pelan yang menampilkan wajah baharu Kuala Lumpur dengan sentuhan elemen pembangunan namun, masih mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut sebelum Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan baharu itu yang merangkumi Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Bangunan Carcosa Seri Negara sekali gus memberi ruang pembaharuan sebenar di samping mengekalkan identiti asal.

“Sebelum belanjawan Oktober ini, saya mahu pastikan supaya ada gambaran jelas pada negara bahawa kita ada usul untuk memulakan wajah kuala lumpur yang tidak terpisah daripada warisan budaya gemilang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, di sini semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kerajaan telah memberikan satu amanah yang sangat besar kepada Khazanah Nasional untuk menentukan wajah baharu Kuala Lumpur itu.

“Ia juga memberikan suatu anjakan baru peranan dunia untuk kita memiliki masa depan.

“Ini adalah satu wajah Kuala Lumpur dari warisannya Bangunan Sultan Abdul Samad hingga ke taman kwasa dimana diletakkan soal isu heritage (warisan) tetapi digabungkan tentang aspek yang dianggap moden dan dunia AI (Kecerdasan Buatan),” jelasnya.- KOSMO! ONLINE.

Zoeken
Categorieën
Read More
Crime
‘Cabuli’ penumpang wanita, pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah
Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...
By Gakeps Official 2024-08-29 04:16:01 0 2K
World News
Seluar Dalam Dicuri, Wanita Jumpa Ketua Kampung
Video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki sedang mencuri seluar dalam...
By Gakeps Official 2024-08-07 13:35:07 0 3K
World News
Ketua Kampung Curi Dana Penduduk sebanyak RM304k Untuk Sara 4 Isteri Dan 20 Anak
Seharusnya ketua kampung lebih bertanggungjawab dalam menaik taraf kemudahan di tempat mereka dan...
By Iklan viral 2024-11-06 14:17:00 0 2K
Local News
Guru Buat Laporan Polis Nafi Pelajar Dipukul
KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima laporan daripada seorang...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:16:09 0 4K
Local News
Lelaki Lemas Selepas Terjun Sungai Selamatkan Adik
LAHAD DATU: Seorang lelaki lemas selepas terjun ke sungai untuk menyelamatkan adik dan anak...
By Gakeps Official 2024-06-21 10:44:36 0 4K