Kastam Sabah Merampas Lebih 20 Kilogram Dadah

0
2KB

KOTA KINABALU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 20.29 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM649,440 di gudang MASKargo di sini pada 30 Ogos lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Salbah Siti Mang berkata, kesemua dadah yang disembunyikan dalam bungkusan plastik kuning keemasan dikesan pegawai kastam kargo udara, Pasukan Cawangan Narkotik Zon Sabah kira-kira рик 9 раді.

“Terdapat 20 bungkusan plastik kuning keemasan disyaki mengandungi dadah berbahaya. Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu menemui sejumlah dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Semua dadah dibungkus menggunakan plastik warna kuning keemasan dipercayai dengan tujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa. Kes ini kini sedang dalam siasatan lanjut untuk mengesan sebarang jaringan sindiket lebih besar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik warna kuning keemasan dengan jenama teh cina yang cuba diseludup masuk ke dalam negara melalui kargo udara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Sementara itu, Siti berkata aktiviti penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Siti seterusnya menyarankan orang ramai supaya bekerjasama memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat ke Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Infomation
Polypropylene Foam Market Segmentation: Key Product Types and End-Use Industries
Polypropylene Foam Market Growth Analysis, Impressive Trending Strategies, Key Players and...
Por Manoj Marathe 2024-10-14 05:43:44 0 768
World News
Hotel ‘Ayam Jantan’ Gergasi, Hanya RM338 Penginapan 1 Malam
Sebuah hotel yang berbentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi telah dibina di bandar Talisay,...
Por Gakeps Official 2024-11-10 16:03:08 0 2KB
World News
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan, larikan diri ke India
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara...
Por Gakeps Official 2024-08-06 01:48:25 0 3KB
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
Por Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4KB
Sports
Atlet lompat galah perancis terlepas pingat gara-gara ‘alat sulit’ tersangkut di palang
Atlet lompat galah Perancis, Anthony Ammirati tewas di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila...
Por Gakeps Official 2024-08-07 10:18:25 0 3KB