Isteri pinang sendiri pegawai polis untuk saya - Sanusi

0
2K

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahan dia sudah berpoligami dan majlis itu berjalan dengan lancar hasil usaha yang diambil isteri pertamanya.

Menceritakan pernikahan itu, Sanusi berkata semuanya berjalan dengan baik dan proses tersebut bermula beberapa bulan sebelum ini melalui inisiatif Jusmalailani Jusoh.

Malah katanya, setiap proses tersebut dibuat mengikut peraturan.

"Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang... pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu.

"Alhamdulillah (majlis berlangsung dengan) sempurna, teratur dan beres.

"(Pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir, semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu," katanya dipetik Astro Awani di Kuala Nerang hari ini.

Sebelum ini tular dakwaan Sanusi mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua namun berita tersebut tidak disahkan oleh sesiapa.

Sebaliknya Sanusi sekadar berkias-kias sedikit apabila ditanya mengenai status rumah tangganya.

Bercakap kepada media hari ini, Adun Jeneri itu berkata, pada awalnya dia enggan membuka mulut mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu ia disensasikan.

Bagaimanapun, kata Sanusi, selepas berasa "kasihan" melihat wartawan mencari pengesahan, dia akhirnya membuka mulut untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

"Jadi (apabila) hangpa ligan (kejar), saya pun kesian tengok hangpa, saya pun maklum (hari ini).

"Saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi," katanya bergurau.

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
World News
Gara-gara cemburu, isteri maut ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook
Gara-gara cemburu, isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook....
By Iklan viral 2024-11-04 11:21:59 0 1K
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
By Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 2K
Local News
Jalan Masuk Utama Ke Hospital UMS Siap Digunakan Sepenuhnya
KOTA KINABALU: Projek Pembinaan Jalan Masuk Utama ke Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah...
By Gakeps Official 2024-10-04 23:04:55 0 996
Crime
KPDN SABAH Tumpaskan Aktiviti Seleweng Minyak Paket, Gula Pasir Dari Sebuah Rumah Di Kobusak
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menumpaskan...
By Gakeps Official 2024-10-07 23:53:38 0 1K
Local News
KPDN Sabah Rampas 206 Liter Diesel, Tahan Seorang
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya...
By Gakeps Official 2024-08-06 15:11:48 0 3K