SESB Rugi Lebih RM60 Juta Setahun Akibat Curi Elektrik Kawasan Setinggan Di Sabah

0
2K

TAWAU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian RM60 juta setahun akibat perbuatan mencuri nekalan elektrik secara ketara di kawasan penempatan setinggan di Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata bagi mengekang kegiatan itu SESB mengambil langkah melaksanakan projek pengedar tenaga bebas (IPD) khas dengan menggunakan meter prabayar untuk pembekalan elektrik di kawasan terbabit.

“Ada banyak koloni setinggan yang telah dikenal pasti berlaku kecurian elektrik misalnya di Kampung Hidayat Tawau, amat jelas kita masuk pun kita nampak wayar ‘berterbangan’ sana sini.

“Meter prabayar IPD khas ini telah laksanakan di Kampung Flores, Sandakan dan kita akan laksana di kawasan lain di Sabah, selain setinggan di Tawau, kita sasar di Kampung Puyut, Lahad Datu, banyak kawasan penempatan di air berlaku kecurian elektrik, begitu juga di Kota Kinabalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya  konsep IPD adalah kaedah yang diluluskan kerajaan negeri dengan SESB akan melantik satu syarikat konsesi untuk membekalkan elektrik di kawasan terlibat dan caj pembayaran untuk tarif tiada subsidi adalah kira-kira 47 sen.

“Kita tidak mahu ada orang awam yang terkena renjatan elektrik akibat kabel, pendawaian yang merentang di mana-mana tempat dan apabila terpijak membawa maut,” katanya lagi.

Berhubung kejadian bekalan elektrik terputus sehingga 17 jam di Kampung Pasir Putih di sini semalam, beliau berkata perkara itu terjadi berikutan ‘transformer’ di sebuah pencawang di sini mengalami kerosakan dan kerja-kerja penggantian sedang dilakukan.

“Mengenai kejadian semalam, rangka kerja asal adalah penutupan bekalan elektrik secara berjadual bagi kerja-kerja menaik taraf kabel SESB.

“Namun pada pertengahan kerja itu apabila kita hampir siap, bila buat pensuisan semula, tiba-tiba satu pencawang itu mengalami kerosakan, sehingga ke hari ini kerja-kerja penggantian dijalankan dan kita juga membekalkan elektrik melalui mobile genset,” katanya.

Mohd Yaakob berkata pengguna yang mengalami masalah kerosakan peralatan elektrik susulan perkara itu boleh membuat aduan ke Pejabat SESB Tawau serta membawa dokumen termasuk laporan polis serta bukti kerosakan bergambar. – BERNAMA

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
Infomation
Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji
TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat...
By Gakeps Official 2024-08-15 14:22:08 0 3K
Crime
Lelaki paling dikehendaki polis di tahan di Tawau
TAWAU : Polis memberkas seorang lelaki dikehendaki dalam satu serbuan di sekitar kawasan Ladang...
By Omiyou Network 2024-07-05 10:57:57 0 4K
Crime
Akhirnya tumpas warga asing pembekal haram minyak paket
Seorang lelaki warga Bangladesh yang diburu pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi ejen...
By Iklan viral 2024-11-08 07:02:10 0 2K
Infomation
Isteri melayu terlanjur kesal dengan suami orang
BAHTERA perkahwinan antara Amin bersama Zahra (bukan nama sebenar) kelihatan cukup sempurna...
By Omiyou Network 2024-08-21 13:37:35 0 3K
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
By Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 962