Amaran Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

0
7K

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di kebanyakan kawasan di seluruh negara. Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut dibuat berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam," katanya.

Keadaan cuaca itu dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi amaran tersebut, ribut petir dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau PinangKelantanWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Manakala di Kedah, hanya melibatkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Di Perak, hanya daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar juga dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.

Di sebelah pantai timur, ribut petir di Terengganu hanya melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Manakala Pahang hanya melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Rompin.

Amaran ini turut terpakai bagi warga daerah Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Dalam masa yang sama, warga di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan turut dinasihatkan untuk berjaga-jaga. Begitu juga daerah Segamat dan Mersing di Johor.

MetMalaysia juga menjangkakan daerah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud iaitu di Pantai Barat Sabah.

Ribut dan hujan lebat juga dijangka berlaku di Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Sibu), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Bintulu) bagi Sarawak.

Sumber: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) via Facebook

Buscar
Categorías
Read More
Educación
Jutawan dedah kehidupan orang kaya tak seindah dibayang, duit banyak tapi
Seorang lelaki bergelar jutawan mengakui kehidupan sebagai orang kaya ibarat ‘indah khabar...
By Iklan viral 2024-09-29 23:09:52 0 5K
Home
What Are the Top Interior Door Trends for Modern Homes?
Ever consider what your door reveals about your house? Like fashion, your door can tell us a lot...
By Harry Wandusen 2025-03-04 21:39:11 0 608
Film
[Viral@clip) ! Japanese Teen Video XXX Porn Video Tutorial Original Full HD Hot Sex Videos fnn
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-24 11:49:10 0 729
Other
What Are The Best High-Traffic Commercial Cleaning Practices?
Ever walked into a business and instantly felt that everything was spotless? Well, chances are a...
By Harry Wandusen 2025-02-10 15:53:26 0 841
Bussines News
Thermocouple Market Size, Share & Trends Report | Industry 2033
Thermocouple Market Outlook The India thermocouple market is poised for significant...
By Eren Smithh 2024-12-11 10:23:06 0 3K