Reedzwann terbabit dalam kemalangan manakala rakan maut

0
2K

Slim River: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi, dekat sini.

Dalam kejadian terbabit, mangsa, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, yang berada di bahagian hadapan penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala rakannya Reedzwann atau Muhamad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 23, yang juga seorang komposer tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang hadapan lori berusia 20 tahun patah bahu kanan dan kelindan berumur 27 tahun cedera di kepala dan tangan manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan kereta dan lori berkenaan kira-kira jam 6.23 pagi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian, kemalangan terbabit berlaku semasa mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang ke Puchong, Selangor.

"Tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh rakan mangsa dipercayai cuba mengelak lori yang berada di bahagian hadapan tetapi melanggar bahagian belakang di sebelah kanan lori terbabit.

"Akibat pelanggaran berkenaan, kedua-dua kenderaan berpusing dan terbabas di jalan terbabit. Semua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Local News
Lelaki Hilang Dipercayai Dibaham Buaya
KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Ladang Pontion Subok Sukau...
Por Omiyou Network 2024-06-29 12:39:34 0 4K
Local News
SESB Rugi Lebih RM60 Juta Setahun Akibat Curi Elektrik Kawasan Setinggan Di Sabah
TAWAU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian RM60 juta setahun akibat...
Por Gakeps Official 2024-09-07 10:02:26 0 2K
Crime
padah tolak cinta lelaki, bapa dan anak maut ditikam
Seorang wanita bersama bapanya maut akibat ditikam di hadapan lif sebuah pangsapuri Berlaku di...
Por Gakeps Official 2024-11-10 15:44:31 0 2K
World News
Wakil Rakyat Tidur! Kanak-Kanak Tampal Sendiri Jalan Berlubang Raih Perhatian Netizen
Umum tahu krisis yang sedang melanda negara jiran, Indonesia menyebabkan rakyat tidak dipedulikan...
Por Gakeps Official 2024-08-26 06:16:20 0 3K
Sports
Why is Null's Brawl so popular?
Why is Null's Brawl so popular? Null's Brawl is at present very popular within the gaming world...
Por Rosy Ros 2024-11-22 07:34:22 0 260