johan ghazali tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama

0
7χλμ.
JAGUH Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi ONE 168 di Denver, Colorado, Amerika Syarikat sebentar tadi.
 
Seperti yang dijanjikan, bintang muda itu bangkit selepas kekalahan pertamanya pada Jun lalu dengan menumpaskan lawannya dari Mexico menerusi pukulan 'knockout'.
 
Dalam pertarungan tersebut, Jojo yang kelihatan tenang, berjaya menjatuhkan Cruz beberapa kali, namun lawannya itu berjaya bangkit semula.
 
Bagaimanapun pada saat akhir pusingan, tumbukkan padu tangan kiri Johan merebahkan Cruz, dan pengadil sekali gus mengisytiharkan Johan sebagai pemenang.
 
Kemenangan itu turut menyaksikan Johan meraih bonus sebanyak AS$50,000 (RM216,682).
Johan, 17, mula mencipta nama di mata dunia selepas kemenangannya ke atas juara Muay Thai Antarabangsa WBC Edgar Tabares dalam dalam hanya 35 saat pada penampilan sulungnya di Primetime US, ONE Championship.
 
Meskipun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.
 
Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.
Αναζήτηση
Κατηγορίες
Διαβάζω περισσότερα
Film
wATCH-]*Five Girl Five Rocket Original Video euq
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
από Borfeg Borfeg 2025-01-22 00:21:23 0 831
Film
18++) Original Baby Alien Fan Bus Viral Video Twitter det
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
από Borfeg Borfeg 2025-01-29 06:51:11 0 851
World News
Monyet selamatkan budak perempuan daripada diperkosa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun  terselamat selepas sekumpulan monyet liar...
από Iklan viral 2024-09-27 06:00:49 0 5χλμ.
Film
[Viral@clip) ! Hot indian mms viral Leaed video crs
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
από Borfeg Borfeg 2025-01-24 11:52:10 0 747
άλλο
Taxi service in Jaisalmer
Hire taxi in Jaisalmer at best price. Book local and outstation cab in Jaisalmer. Confirmed cab,...
από Cab Bazar 2024-12-20 06:18:09 0 2χλμ.