Lelaki warga asing mengamuk memiliki Pisau Lipat ditahan polis

0
4K

TAWAU : Polis menemui sebilah pisau lipat pada seluar seorang lelaki warga asing selepas didapati bertindak agresif serta mengamuk di kawasan Kampung Titingan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat semasa penugasan rondaan cegah jenayah daripada Balai Polis Tawau serta Pondok Polis Titingan berkaitan seorang lelaki berusia 40 tahun mengamuk di kawasan Kampung berkenaan.

Katanya, selepas sampai ke lokasi kejadian polis terserempak dengan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Pada ketika itu, pihak berkuasa ingin menjalankan pemeriksaan, kelihatan suspek bertindak agresif serta enggan memberikan kerjasama sekali gus memerlukan polis mengambil tindakan sewajarnya bagi mententeramkan suspek dan melakukan tangkapan.

“Semasa pemeriksaan terhadap badan suspek, Polis menemui sebilah pisau lipat di seluar suspek. Polis kemudiannya terpaksa menggunakan kekerasan minima semasa tangkapan dilakukan.

Jasmin berkata, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
Pengurus bank kantoi curi RM6.7 Juta, ini cara dia buat
Duit yang bernilai lebih RM6 juta yang disimpan telah lesap di sebuah bank terkemuka rupa-rupanya...
Por Gakeps Official 2024-06-24 13:00:58 0 4K
Crime
Bergaduh Di Pusat Hiburan, Seorang Maut Manakala Rakan Kritikal
KOTA KINABALU: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan...
Por Gakeps Network 2024-06-16 12:53:01 0 5K
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
Por Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4K
Local News
Polis buru lelaki dan wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu...
Por Gakeps Official 2024-11-07 06:27:13 0 1K
Local News
ambil tindakan tegas terhadap pencuri air – Hajiji
KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu menggunakan undang-undang bawah bidang...
Por Omiyou Network 2024-06-19 13:25:54 0 4K