Sejak Peluk agama Islam Tak Dapat ‘Offer’ Berlakon, Angeline Tan Anggap Belum Ada Rezeki

0
2K

Kuala Lumpur: Pelakon Ardini Angeline Tan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.

Bagaimanapun, Angeline bersikap positif dan menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum tiba. "Tawaran berlakon memang tiada langsung sejak bertudung hampir setahun lalu. "Kalau ada pun setakat watak sampingan dalam drama Perang Nasi Dagang.

“Sampai sekarang saya masih belum mendapat tawaran berlakon. Lakonan saya dalam drama Nasi Dagang itu hanya sampingan sahaja. Kalau nak katakan tawaran yang serius, itu belum ada. Saya rasa penerbit sukar mencari watak yang sesuai untuk saya.

"Itupun sebab pengarahnya mahu saya berlakon bersama suami. Kalau nak kata tawaran secara peribadi memang sudah lama tiada," katanya ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab di Wangsa Maju, di sini.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar.

Ditanya sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana produksi, pemegang watak Lucy dalam sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu akui, agak keberkatan untuk berbuat demikian, selain enggan bersikap pentingkan diri sendiri.

"Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang ini, saya tak pernah minta 'job' pada sesiapa.

"Dengan suami sendiri pun saya tidak pernah minta. Kalau ada tawaran yang sesuai, pasti mereka panggil saya.

"Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi, kita semua perlu percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah." ungkapnya.

Isteri kepada pelakon, pelawak dan pengarah Sabri Yunus itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi tawaran lain untuk mengisi masa lapangnya.

"Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam.

"Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.

"Julai lalu saya sepatutnya pergi kursus agama, tetapi saya tak dapat hadir ada tawaran stesen televisyen untuk menjayakan program," luahnya.

Program berkonsepkan soal jawab agama terbitan TV AlHijrah itu akan memulakan siarannya pada 18 September ini.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
umur panjang, Lelaki Kena Sengat 240 Ekor Tebuan Tapi Masih Hidup
Cardiff: Seorang lelaki di United Kingdom bertuah kerana umurnya masih panjang walaupun...
Por Gakeps Official 2024-09-09 23:21:58 0 2K
World News
Tokoh Agama Terkenal Memukul Isteri Guna Paip PVC
JAKARTA  – Seorang tokoh agama yang terkenal di kota Surabaya, wilayah Jawa Timur...
Por Gakeps Official 2024-08-30 21:33:29 0 2K
Crime
13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu
TAWAU: Semua 13 pelajar lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pelajar...
Por Gakeps Official 2024-08-14 23:29:15 0 3K
Crime
Terpedaya Tawaran Kerja Palsu, Suri Rumah Rugi RM126,490
JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490...
Por Gakeps Official 2024-07-11 04:34:48 0 4K
World News
Guru agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar
JAKARTA – Polis Indonesia menyiasat kes seorang guru yang didakwa menjalin hubungan...
Por Iklan viral 2024-09-27 06:12:29 0 1K