Kanak-kanak Berumur Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur

0
4Кб

SERANG  --  Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung sendiri sewaktu sedang nyenyak tidur dalam satu kejadian di sebuah rumah yang terletak di kota Serang, Baten, Indonesia hari ini, lapor Kompas.com.

Ketua Polis Daerah Ciomas, Inspektor Fridy Romadhan Panca Rizky mengesahkan perkara itu dan berkata mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam bilik tidur awal pagi.

Ketika kejadian, mangsa sedang nyenyak tidur di dalam bilik bersama pelaku dan ibunya.

"Tiba-tiba pelaku (bapa kandung) menetak leher mangsa yang masih tidur," katanya.

Ibu mangsa menyedari kejadian selepas terdapat darah yang memercik ke atasnya ketika tidur sebelum melihat mangsa telah berlumuran darah.

Dia kemudiannya terus membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Ciomas untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan telah meninggal dunia.

"Ibu mangsa tersedar kerana berlumuran darah. Tidak ada (bergaduh), tiba-tiba (membunuh).

"Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti sekitar jam 4 pagi, namun dia sudah pun meninggal dunia," ujarnya.

Selepas kejadian, pelaku melarikan diri tetapi polis telah menangkapnya di kawasan Daerah Gunungsari iaitu kira-kira lapan kilometer dari rumah pelaku sekitar jam 9 pagi Selasa.

"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis dan mayat mangsa telah dihantar untuk proses bedah siasat di Rumah Sakit Bhayangkara Banten," katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa menyifatkan pelaku seorang yang menyayangi keluarganya.

Sebelum kejadian, mereka sekeluarga telah berkumpul bersama untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Tiada masalah (dengan anak), malah sayang sangat dekat anak itu.

"Kalau anak menangis, diangkat, diajak bermain, tidak ada yang memukul anak atau sebagainya," kata ahli keluarga mangsa.

Dia turut memaklumkan penduduk di kawasan itu juga sempat mengejar pelaku setelah mengetahui perkara itu.

Поиск
Категории
Больше
World News
Doktor lelaki mengendap doktor wanita mandi digantung tugas
SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi...
От Gakeps Official 2024-06-22 23:33:35 0 4Кб
Образование
KERAJAAN KOMITED PERKASA MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN - KM HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan...
От Gakeps Official 2024-10-02 21:13:17 0 1Кб
Health
Ini Cara mudah nak amalkan tabiat pemakanan lebih sihat, kawal pengambilan gula
Tidak kira pencuci mulut atau minuman berperisa, setiap manisan yang mengandungi gula adalah...
От Iklan viral 2024-09-20 05:46:38 0 2Кб
Crime
doktor mengaku tidak bersalah, Rakam punggung wanita
Seorang pegawai perubatan sebuah hospital didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan...
От Gakeps Official 2024-11-22 13:36:07 0 334
Образование
JPJ telah buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap...
От Iklan viral 2024-10-05 17:33:20 0 916