nak dapatkan projek besar, isteri sanggup curang dengan lelaki lain
Rumah tangga yang dibina selama lebih dua dekad akhirnya berkesudahan dengan perceraian gara-gara
si isteri sanggup menggadaikan maruah semata-mata mendapatkan tender projek binaan.
Pesara, Mohamad Mahadi, 57, berkata, perpisahan berlaku pada Mac lalu selepas isterinya, Mastura, mengenali seseorang melalui aplikasi sosial Tinder.
Menurutnya, lelaki yang dikenali itu memiliki kerjaya sama seperti Mastura iaitu sebagai kontraktor.
“Saya menyedari perubahan sikap isteri apabila dia kerap menghabiskan masa dengan telefon bimbit sehinggakan
tidak sempat meluangkan waktu bersama saya dan anak-anak. Keadaan ini berlanjutan selama lebih enam bulan.
“Saya rasa kurang senang dengan keadaan ini kerana dia bukan lagi seorang isteri yang saya kenali. Dia berubah secara total, tidak lagi makan, tidur dan berbual bersama,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Tambah Mohamad, sejak bekas isteri menunjukkan perubahan ketara dalam hubungan rumah tangga, dia kerap tiada di rumah atas alasan tuntutan kerja di luar kawasan tempat tinggal.
Sepanjang 24 tahun mendirikan rumah tangga, Mohamad berkata, dia menghormati privasi isteri, namun timbul rasa ingin tahu tentang rahsia di sebalik telefon pintar milik Mastura selepas isterinya itu berubah sikap.
“Suatu hari, isteri tidak membawa masuk telefon bersama ke dalam tandas. Jadi saya guna peluang itu untuk mengakses masuk telefonnya.
“Saya benar-benar terkejut melihat mesej perbualan dalam ruangan sembang aplikasi tersebut.
“Dalam perbualan itu, kedua-dua mereka ada berkongsi beberapa keping gambar tidak senonoh.
“Melihat kepada perbuatan tersebut mereka pernah tidur bersama, bahkan berjanji untuk berjumpa lagi di sebuah hotel di Ipoh, Perak,” ujar bapa kepada empat orang anak itu.
Menurut Mohamad, isterinya itu sanggup berbuat demikian kerana lelaki berkenaan menetapkan syarat perlu tidur bersama jika mahu mendapatkan projek.
Jelasnya, hubungan mereka terlerai apabila dia berjaya membongkar perbuatan terkutuk itu selepas Mastura ditemui berdua-duaan dengan lelaki berstatus suami orang itu di sebuah hotel di Klang, Selangor.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Giochi
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Altre informazioni
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Formazione
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Anteprima
- Vps Forex