Wanita 23 Tahun Kahwini Lelaki 80 Tahun
Kisah cinta antara seorang wanita berusia 23 tahun dengan seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun yang dia temui di pusat jagaan mendapat perhatian luar biasa di China.
Sekali imbas, mereka kelihatan seperti datuk dan cucu, tetapi hakikatnya, mereka ialah pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Difahamkan, Xiaofang (nama samaran) bertemu dengan Mr. Li (nama samaran) semasa menjadi sukarelawan di pusat jagaan di Wilayah Hebei.
Mereka kemudiannya menjadi semakin akrab kerana berkongsi minat dan hobi yang sama, sehingga akhirnya menjalin hubungan cinta.
Xiaofang tertarik dengan kematangan, kestabilan dan kebijaksanaan Mr. Li, manakala Mr. Li tertarik dengan keceriaan dan kebaikan hati Xiaofang.
Malangnya, keluarga gadis muda itu tidak bersetuju dengan hubungan dengan lelaki yang sudah cukup umur untuk menjadi datuknya.
Namun begitu, Xiaofang memutuskan untuk mengikuti kata hatinya dan dipercayai memutuskan hubungan dengan keluarga untuk bersama-sama dengan Mr. Li.
Menurut laman web China Sohu, pasangan yang luar biasa ini telah melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang sederhana meskipun tidak dihadiri oleh keluarga, lapor Oddity Central.
Menerusi media sosial tempatan, ramai yang menuduh Xiaofang berkahwin dengan Mr. Li atas alasan wang, bagaimanapun didedahkan bahawa dia sebenarnya yang mencari nafkah buat keluarga mereka.
Disebabkan usia lanjut dan kesihatannya yang tidak baik, Mr. Li hanya boleh bergantung pada pencen yang sederhana, jadi tanggungjawab kewangan terletak di bahu Xiaofang.
Meski mendapat kritikan dan kecaman, Xiaofang terus memuat naik foto dan video mereka di media sosial.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Juegos
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Educación
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Vista previa
- Vps Forex