Gaji Baru RM2,200 tapi dalam bilik tidur seorang pegawai imigresen ada RM800k

0
2KB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar ‘kemewahan’ dua pegawai rendah Jabatan Imigresen (JIM) Gred KP22 dan KP19 selepas menemui hampir RM800,000 wang tunai di kediaman suspek yang disyaki hasil aktiviti counter setting.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, serbuan yang dilakukan di Pahang dan Melaka itu adalah siasatan susulan berhubung penglibatan pegawai penguat kuasa dalam sindiket membawa warga asing ke negara ini melalui saluran tidak sah.

Daripada jumlah itu katanya, RM518,250 wang tunai telah ditemui di bilik tidur pegawai kanan wanita JIM Gred KP22 yang di­simpan di dalam bagasi di bilik tidur rumahnya di Pahang.

Selain itu, sejumlah RM248,443 lagi wang tunai turut ditemui di­sorok di bawah katil bilik utama pegawai imigresen lelaki Gred KP19 yang berada di Melaka.

Untuk rekod, gaji pegawai imigresen Gred KP22 adalah sekitar RM2,200 hingga RM4,700 sebulan, manakala pegawai Gred KP 19 adalah sekitar RM1,300 hingga RM4,000.

“Jumlah wang tunai yang ditemui di kediaman kedua-dua pegawai berkenaan merupakan sebahagian daripada RM1.49 juta wang tunai yang disita ­terhadap penguat kuasa yang terlibat sindiket counter setting,” katanya menurut Kosmo.

Beliau menambah, SPRM turut menyita sebanyak AS$9,900 (RM41,990) serta 5,470 Bath (RM696).

“Selain wang tunai, kita juga menyita 22 unit kenderaan ­pelbagai jenis iaitu sembilan kereta dan 13 motosikal.

“Sebanyak 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram ­dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 turut disita daripada pegawai imigresen kanan Gred KP22 di Negeri Sembilan,” kata­nya lagi.

Azam memberitahu, SPRM te­lah menyita lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang selain 12 jam tangan pelbagai jenama.

“SPRM membekukan seba­nyak 215 akaun bank milik 16 syarikat dan 84 individu dengan nilai pembekuan melebihi RM3.6 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Azam ­berkata, seorang pegawai kanan JIM yang juga dalang utama kepada sindiket counter setting terbabit dijang­ka dituduh di mahkamah pada awal Oktober depan selepas SPRM melengkapkan laporan siasatan.

Katanya, lelaki berusia awal 40-an yang disifatkan sebagai individu berpengaruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu diberkas SPRM pada 5 September lalu selepas dipercayai melarikan diri sebaik operasi bermula.

“Dia salah seorang yang kita tangkap (dalang utama), dia mengawal lebih kurang 50 ­pegawai sebab dia yang berpengaruh, dia focal person untuk menjadi perantara.

“Ia supaya pegawai imigresen terlibat melaksanakan apa yang diarahkan oleh beliau,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melapor­kan, seramai 12 individu terma­suk lima penguat kuasa sebuah agensi pengutkuasaan telah ditahan oleh SPRM pada 20 Ogos lalu selepas terlibat dalam sindiket penyeludupan dengan melepaskan warga asing di pintu ­masuk negara tanpa perlu melalui pemeriksaan sejak 2022.

Antara warga asing yang ­sering dibawa masuk menerusi modus operandi counter setting di lapangan terbang itu adalah dari ­Myanmar, Bangladesh, ­Indonesia, India, Pakistan dan Nepal.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Opinion
Undang-undang malaysia lemah”, jawapan ‘kerek’ warga Singapura bila disoal kenapa isi minyak Ron95
Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan telah lama memaklumkan hanya warganegara Malaysia sahaja...
Von Iklan viral 2024-08-27 21:58:42 0 3KB
World News
Hotel ‘Ayam Jantan’ Gergasi, Hanya RM338 Penginapan 1 Malam
Sebuah hotel yang berbentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi telah dibina di bandar Talisay,...
Von Gakeps Official 2024-11-10 16:03:08 0 2KB
Opinion
Wanita ada dua suami, licik susun giliran tidur bersama, rasa rugi nak cerai
Wanita pandai simpan ada dua suami, licik susun giliran tidur bersama. Kisah suami berkahwin lain...
Von Gakeps Official 2024-07-05 13:14:36 0 4KB
World News
Kanak-kanak Berumur Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur
SERANG  --  Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung...
Von Omiyou Network 2024-06-18 21:05:06 0 4KB
Opinion
Gajah Betina Ditemukan Mati Di Sebuah Ladang Di Lahad Datu sabah
LAHAD DATU: Seekor gajah betina ditemukan mati di sebuah ladang di Begahak, di sini, pada...
Von Gakeps Official 2024-09-20 12:17:25 0 2KB