Tamu Besar Kota Belud Mula 25 Oktober Depan

0
2K

KOTA KINABALU, SABAH – Tamu Besar Kota Belud akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Oktober depan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Diyanah Abdullah berkata, Tamu Besar itu akan menarik orang ramai dalam skala besar untuk hadir bagi sama-sama meraikan program berkenaan.

“Tamu Besar di Kota Belud ini akan diadakan daripada selama tiga hari iaitu pada 25 Oktober sehingga 27 Oktober tahun ini.

“KITA MENJANGKAKAN LEBIH 50,000 ORANG PENGUNJUNG AKAN HADIR KERANA TAMU BESAR INI AKAN DIADAKAN SELAMA TIGA HARI BERTURUT-TURUT DAN SEMUA HARI YANG DIJADUALKAN ITU TELAH DISUSUN ATURCARANYA DENGAN SUNGGUH MENARIK DENGAN MENONJOLKAN APA YANG UNIK DI KOTA BELUD.

“Kami amat bertuah kerajaan negeri melalui pejabat daerah Kota Belud dan seluruh warga Kota Belud akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) dan ini adalah satu program besar untuk menarik pelancong ke Kota Belud bagi sama-sama meraikan Tamu Besar pada tahun ini.

“Kami sebagai jawatankuasa induk ingin menjemput semua warga dari seluruh negeri Sabah dan juga dari Semananjung Malaysia serta luar negara untuk datang bersama meraikan tamu besar pada kali ini,” katanya semasa ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

“Tamu Besar pada kali ini adalah yang teristimewa dan ada kelainannya daripada tahun-tahun sebelum ini dan ia telah dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan sebagai salah satu tarikan untuk pelancong datang ke Negeri Sabah khususnya di daerah Kota Belud.

“BANYAK ACARA TELAHPUN DIATUR TERMASUKLAH ACARA TRADISI SEPERTI LUMBA KERBAU DAN JUGA PERTUNJUKAN KUDA BERHIAS YANG HANYA ADA DI KOTA BELUD DAN ITULAH SALAH SATU KEUNIKAN DAERAH INI.

“Begitu juga dengan kraftangan yang berbeza dengan daerah lain, kita ada kita keunikan kita sendiri jadi saya menjemput semua untuk hadir untuk sama-sama dengan warga Kota Belud untuk melihat sendiri keunikan dan keindahan Kota Belud ini,” ujarnya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan dan Pengerusi Sabah Softwood, Datuk Mohd Arsad Bistari yang juga ADUN Tempasuk.

Terdahulu Tun Juhar menerima kunjungan hormat dari rombongan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Pengarahnya, Dr Vigneswari Subramaniam.

Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan program vaksinasi HPV dan saringan kanser di Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Bussines News
Cara Mudah Menjana Wang dengan Menulis Blog di Gakeps
Berikut adalah panduan mudah untuk membuat blog di Gakeps: Langkah Pertama: Masuk ke halaman...
Por Gakeps Official 2024-09-10 06:31:36 0 2K
Crime
Polis bantuan raba pelajar UiTM
“Suspek letakkan tangan saya pada kemaluannya sehingga berair barulah dia lepaskan tangan...
Por Gakeps Official 2024-09-03 02:52:33 0 2K
Local News
Kerajaan Negeri Sabah tubuh Jawatankuasa Khas kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas penduduk tanpa dokumen
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Sabah mengenai Taraf...
Por Gakeps Official 2024-09-04 23:39:32 0 2K
Politik
HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat
KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini...
Por Gakeps Official 2024-10-07 05:41:08 0 772
Crime
Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya
TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan...
Por Gakeps Official 2024-08-13 12:12:56 0 3K