Lelaki maut ditetak selepas bantu jiran lapor polis di keningau

0
3K

KENINGAU - Berang isteri dibantu jiran berkaitan masalah rumah tangganya, seorang lelaki bertindak menetak tangan jirannya itu sehingga maut dalam kejadian di Jalan Lingkudau di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, anak mangsa berusia tujuh tahun menyaksikan sendiri bapanya yang berusia 58 tahun ditetak oleh suspek berusia 40 tahun sebelum bertindak melarikan diri.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Alizam Dalaman berkata, pihaknya menerima makluman awal aduan orang awam bahawa berlakunya pergaduhan di lokasi tersebut.

"Hasil siasatan awal, suspek dan isterinya telah bertengkar mulut menyebabkan wanita itu lari ke rumah jiran iaitu rumah mangsa.

"Mangsa dan isterinya telah membantu isteri suspek untuk membuat laporan polis di Balai Polis Keningau.

"Namun, sebaik tiba di balai, anak lelaki mangsa berusia 25 tahun telah menghubungi mereka bahawa suspek dalam keadaan marah di hadapan rumah mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, mangsa bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun kembali ke rumah mereka dengan menaiki sebuah kenderaan, manakala isteri suspek pulang ke rumah dengan berjalan kaki untuk meredakan suspek.

"Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, mangsa telah berjumpa dengan suspek dan berlakunya pergaduhan antara mereka.

"Dalam kejadian itu, suspek telah menetak tangan mangsa dan menyebabkan berlakunya pendarahan teruk.

"Kejadian itu turut disaksikan anak mangsa sendiri yang duduk di bahagian sebelah penumpang," katanya.

Beliau berkata, isteri suspek yang tiba bersama anggota peronda unit kereta peronda (MPV) telah melihat mangsa luka di bahagian tangan serta berlaku pendarahan yang banyak.

"Anggota MPV kemudian segera memaklumkan kepada pihak hospital namun mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulans," katanya.

Alizam berkata, suspek bertindak melarikan diri dan usaha memburunya sedang giat dilakukan oleh pihak polis.

"Punca pergaduhan antara suspek dan mangsa adalah disebabkan rasa tidak puas hati atau cemburu suspek terhadap mangsa yang telah menolong isterinya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Crime
Ibu tunggal ditahan bersama syabu 6.01 gram dirampas
TAWAU : Seorang ibu tunggal  ditahan disyaki menjadi tokan dadah warga asing serta merampas...
Por Iklan viral 2024-09-06 00:14:38 0 2K
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
Por Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
Bussines News
Tupperware Kemungkinan akan Failkan Bankrap Minggu Ini
KUALA LUMPUR – Tupperware Brands sedang bersedia untuk memfailkan kebankrapan minggu ini,...
Por Gakeps Official 2024-09-18 22:16:49 0 1K
World News
wanita bawa jantung sendiri dalam beg ditahan di lapangan terbang
Wanita bawa jantung sendiri dalam beg ditahan di lapangan terbang. Seorang wanita dari New...
Por Gakeps Official 2024-06-19 19:36:13 0 4K
Local News
Jalan Masuk Utama Ke Hospital UMS Siap Digunakan Sepenuhnya
KOTA KINABALU: Projek Pembinaan Jalan Masuk Utama ke Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah...
Por Gakeps Official 2024-10-04 23:04:55 0 1K