Gajah Betina Ditemukan Mati Di Sebuah Ladang Di Lahad Datu sabah

0
5KB

LAHAD DATU: Seekor gajah betina ditemukan mati di sebuah ladang di Begahak, di sini, pada Selasa.

Difahamkan, kira-kira jam 9 pagi hari yang sama orang awam melihat seekor gajah cedera di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL)

Bagaimanapun, sebaik kakitangan JHL tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan mendapati gajah berkenaan telah mati.

Kakitangan JHL kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati tiada kesan luka tembakan pada gajah berusia sekitar dua hingga tiga tahun itu. Laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Jimmy A/K Panyau dalam kenyataannya, mengesahkan bahawa laporan telah dibuat.

Dalam pada itu, Jimmy turut mengesahkan bahawa polis turut menerima laporan berikutan seekor buaya jantan ditembak mati di Kampung Segangan II, pada hari yang sama.

 

Sebelum itu, pihak JHL telah membuat pemantauan di Kampung Segangan II, di sini dan mengesan kehadiran seekor buaya berukuran kira-kira 11.7 kaki berhampiran tebing sungai.

Empat das tembakan dilepaskan ke arah buaya berkenaan dan bangkai reptilia itu kemudian dibawa ke JHL Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Rechercher
Catégories
Lire la suite
Film
Charissa Thompson Husband Video Leaks
Charissa Thompson, a prominent sports broadcaster known for her work with Fox Sports and other...
Par Lana Rose 2024-12-27 13:23:00 0 3KB
Autre
United States Buy Now Pay Later Market Expected to Rise at 24.50% CAGR During 2024-2032
United States Buy Now Pay Later Market Overview Base Year: 2023 Historical...
Par Himanshu Khanna 2025-02-24 07:49:20 0 759
Film
Corinna kopf Viral Video Original Link ulk
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Par Borfeg Borfeg 2025-01-18 01:52:35 0 932
Infomation
[`Hawaiian #FAQs`]What is the Hawaiian Airlines 311 rule?
Hawaiian allowed to bring a quart-sized bag of liquids, aerosols, gels, creams and pastes through...
Par Jerry Pride 2025-01-27 18:10:49 0 1KB
Film
(Original) Full video sophie rain spiderman video instagram
In the unpredictable whirlwind of social media trends, where yesterday’s viral sensation is...
Par Lady Lorraine Lorraine 2024-12-24 08:21:47 0 4KB