tiada ambulans di hospital, anak bawa pulang mayat bapa dengan motosikal

0
7K

Dua lelaki membawa mayat bapa mereka yang berusia 80 tahun dengan menaiki motosikal untuk pulang ke rumah, selepas mendakwa tiada ambulans di hospital.

Insiden berkenaan berlaku di Tumkur, Karnataka, India.

Difahamkan bapa mereka dihantar ke sebuah hospital kendalian kerajaan di daerah berkenaan, dan meninggal dunia semasa menerima rawatan, lapor India Today.

Disebabkan ketiadaan ambulans di hospital, anak lelaki pesakit berkenaan membawa pulang mayat bapa mereka dengan menaiki motosikal.

Bercakap mengenai kejadian itu, Ketua Pegawai Perubatan (CMO) Tumkur, Dr Chandrashekar berkata, ambulans telah diatur untuk membawa mayat warga emas itu, namun keluarganya enggan menunggu ambulans tiba.

“Seorang pesakit dibawa ke hospital dalam keadaan serius dengan menaiki ambulans namun dia kemudian meninggal dunia ketika dirawat.

“Ambulans yang sama tidak dapat menghantar pulang mayatnya kerana digunakan untuk membawa pesakit lain.

“Kami telah mengaturkan ambulans lain untuk menghantar mayat pulang ke kampung mereka.

“Bagaimanapun, ketika ambulans dalam perjalanan ke hospital, ahli keluarga pesakit tidak menunggu sebaliknya mengangkutnya dengan motosikal. Tidak ada isu kekurangan ambulans,” tambah doktor berkenaan.

 

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Film
[xxx*Hidden~ViRal] Munmun Gupta Leaked Video Viral full spx
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-31 03:09:39 0 656
Local News
Goda Isteri Muda Datuk, Bekas SUT Kementerian Sabah Didenda Sogit Tiga Ekor Kerbau dan wang tunai RM3,000
KOTA KINABALU, SABAH – Seorang bekas Setiausaha Tetap sebuah kementerian Sabah dengan...
By Gakeps Official 2024-10-25 14:18:39 0 8K
Lain-Lain
Speech to Speech Translation Market Size, Share & Growth 2025-2034
The speech-to-speech translation market is an innovative sector within the broader translation...
By Emily Jacks 2025-02-26 13:12:28 0 495
World News
lebih 100 ribu pelarian Rohingya dijangka akan masuk Malaysia
Negara kita berkemungkinan akan menghadapi gelombang besar pelarian etnik Rohingya tidak lama...
By Gakeps Official 2024-11-07 06:41:37 0 7K
Bussines News
Grapes Prices| Chart | Demand | Graph| Monitor | Forecast
North America Grapes Prices Movement Q4: Grapes Prices in United States: In Q4 2023, Grape Prices...
By Elijah Mikaelson 2025-03-28 07:28:37 0 217