Tular Video Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah dan Sarawak
KOTA KINABALU : Satu video tular di media sosial berhubung sekumpulan individu bertindak menurunkan bendera Malaysia dan menaikkan bendera negeri Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang.
Video berdurasi lapan minit 13 saat itu dimuat naik di laman Facebook DemiRakyat Channel dua hari lalu dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Dalam hantaran itu turut meminta pihak polis menyiasat berkenaan tindakan kumpulan tersebut.
Sementara itu, dalam video terbabit terdapat sekumpulan individu berlatarkan di hadapan bangunan Parlimen Victoria yang terletak di Melbourne, Australia.
Kumpulan tersebut bertindak menurunkan bendera Malaysia dipercayai sebagai simbolik kepada ‘menurunkan’ penjajahan Malaysia di Sabah dan Sarawak.
Tindakan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada separuh tiang didakwa sebagai protes untuk menyampaikan mesej mereka mengenai penjajahan terhadap kedua-dua negeri tersebut.
Menurut salah seorang individu di dalam video itu, ia adalah sebagai simbolik penentangan secara demokrasi terhadap kerajaan Malaysia di Sabah dan Sarawak.
Kumpulan berkenaan juga turut menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku yang diubah lirik dari ‘negeri’ kepada ‘negara’.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai perkara terbabit.
“Lebih 30 laporan polis diterima dan kertas siasatan turut dibuka,” katanya.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Jocuri
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Alte
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Educaţie
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- previzualizare
- Vps Forex