Helikopter Membawa Petugas Kesihatan mendarat Cemas di Tebing Sungai Kampung Buayan

0
1K

KOTA KINABALU: Sebuah helikopter B206 yang membawa petugas kesihatan telah melakukan pendaratan cemas di tebing sungai Kampung Buayan pada pagi Rabu.

Pengurus Besar Kumpulan Layang-Layang, Kapten Shahdon Poong dalam satu kenyataan media hari ini berkata, penerbangan rutin itu sedang membawa petugas kesihatan dari Kota Kinabalu ke Kampung Saliliran, Nabawan. 

Katanya, semasa penerbangan, bacaan pada salah satu alat pengukut parameter enjin helikopter itu telah menurun secara perlahan-lahan.

“SEBAGAI TINDAK BALAS, JURUTERBANG KEMUDIAN BERTINDAK PANTAS MENGIKUT PROSEDUR KECEMASAN DAN MELAKSANAKAN MANUVER AUTOROTASI DAN BERJAYA MENDARATKAN HELIKOPTER DI KAWASAN LAPANG DAN SELAMAT DI SEPANJANG TEBING SUNGAI DI KAMPUNG BUAYAN.

“Setelah mendarat, juruterbang selamat mematikan enjin pesawat dan meminta bantuan dari Sabah Air Aviation Sdn Bhd.

“Sebuah helikopter sekunder telah dihantar untuk mengangkut petugas kembali ke Kota Kinabalu tanpa sebarang insiden,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, pakar teknikal pula segera dihantar ke lokasi kejadian untuk menilai keadaan dan mengenal pasti masalah sebenar serta membaiki helikopter sebelum dibuat ujian penerbangan seterusnya kembali ke Kota Kinabalu dengan selamat.

“Helikopter itu kini sedang menjalani pemeriksaan menyeluruh untuk menentukan punca amaran yang salah,” jelasnya.

Shahdon Poong turut menasihati orang ramai dan media untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian dan hanya menyebarkan maklumat sah dari pihaknya.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Bussines News
Ekonomi kita terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan...
By Gakeps Official 2024-07-01 11:46:46 0 4K
Local News
Tiada cuti umum gantian pada 17 September ini – Hajiji
KOTA KINABALU : Kabinet negeri Sabah mengumumkan tiada cuti umum akan diberikan pada 17 September...
By Omiyou Network 2024-09-05 08:53:27 0 2K
Opinion
Jemaah Haji Indonesia Selamba Jual Rojak Di Tanah Suci
Umat Islam sudah diajar untuk meninggalkan urusan dunia apabila mahu beribadah. Namun, masih...
By Gakeps Official 2024-06-20 02:29:39 0 4K
Local News
Jalan Masuk Utama Ke Hospital UMS Siap Digunakan Sepenuhnya
KOTA KINABALU: Projek Pembinaan Jalan Masuk Utama ke Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah...
By Gakeps Official 2024-10-04 23:04:55 0 974
Educaţie
JPJ telah buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap...
By Iklan viral 2024-10-05 17:33:20 0 745