Kalau Pizza Bulat, Kenapa Disimpan Dalam Kotak Petak? Inilah Sebabnya

0
8χλμ.

Pizza merupakan salah satu makanan segera yang semakin popular di seluruh dunia dan menjadi pilihan ramai.

Hidangan yang digemari oleh pelbagai peringkat umur ini boleh dikatakan mempunyai “penggemar setia”, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Menariknya, pizza boleh dinikmati setiap hari dan di mana-mana sahaja. Makanan segera ini sesuai dinikmati secara santai, sama ada ketika sibuk dan tiada masa untuk memasak, mahupun untuk meraikan hari istimewa.

Kini, selain dinikmati di restoran, pizza juga boleh dipesan melalui telefon, dan pesanan akan tiba dalam masa 30 minit terus ke rumah.

Kalau anda perasan, setiap restoran makanan segera meletakkan pizza dalam kotak berbentuk petak, walaupun ia sebenarnya berbentuk bulat.

Jadi, kenapa pizza diletakkan dalam kotak berbentuk petak?

Menurut portal Crust Kingdom, kotak pizza direka dalam bentuk petak kerana ia lebih mudah dan murah untuk dihasilkan berbanding kotak berbentuk bulat.

Kotak berbentuk bulat sukar dihasilkan kerana bentuk sisi kadbod. Satu kotak berbentuk bulat memerlukan beberapa keping kadbod untuk disambung bersama, dan ini akan meningkatkan kos pengeluaran.

Manakala, kotak petak yang dibuat daripada kadbod lebih mudah diratakan apabila tidak digunakan, menjadikannya lebih praktikal untuk disimpan.

Selain itu, setiap restoran makanan segera perlu memastikan premis mereka sentiasa bersih, kemas, dan tersusun. Oleh itu, kotak yang tidak dilipat lebih mudah disimpan di atas rak.

Dalam pada itu, kebanyakan restoran pizza menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Justeru itu, kecekapan adalah penting untuk mengurangkan kos, terutama bagi perniagaan yang menggunakan pembungkusan dalam jumlah yang besar.

Sejak dulu, pizza ‘wajib’ dipotong menjadi kepingan segi tiga

Menurut Crust Kingdom, pizza berbentuk bulat yang diletakkan dalam kotak petak memudahkan pelanggan mengambil potongan pizza untuk dimakan.

Seperti yang kita ketahui, setiap pizza dipotong dari kerak hingga ke tengah untuk membentuk segi tiga, memastikan setiap orang mendapat bahagian topping dan kerak yang sama rata.

Sumber: Crust Kingdom

Αναζήτηση
Κατηγορίες
Διαβάζω περισσότερα
άλλο
Best Strategies for Finding Hidden Gems in a Thrift Store?
Have you ever walked into a thrift store Dover, and felt lost among all the different things?...
από Harry Wandusen 2025-02-10 17:24:27 0 779
Film
VIRAL.!~Juliana Duque Full Video tck
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉 https://iyxwfree.my.id/watch-streaming/?video=viral-juliana-duque-full-video...
από Borfeg Borfeg 2025-01-22 00:00:23 0 808
Local News
Wanita cedera diserang memerang di taman perdana park Tanjung Aru Sabah
PETALING JAYA – Seorang wanita dilaporkan cedera dipercayai diserang sekumpulan memerang...
από Iklan viral 2024-09-11 03:52:48 0 7χλμ.
άλλο
Common Pitfalls of DIY Projects, and How Can a General Contractor Prevent Them?
Have you ever thought about tackling a DIY project at home? Whether it's fixing a leaky pipe,...
από Harry Wandusen 2025-03-04 20:16:12 0 664
Film
[VIRAL^Full*SEX] Minahil Malik Leaked Video Viral sex tape xba
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
από Borfeg Borfeg 2025-01-31 03:17:49 0 689