“Nasihat orang ramai JANGAN MUDAH TERPEDAYA! JPN nafi salur sebarang bantuan berbentuk wang tunai

0
2K

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai dibuat oleh pihaknya seperti yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata, hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.

Ujarnya, orang ramai boleh menyemak sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (bantuantunai.hasil.gov.my).

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan hantaran sebegini. Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti.

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected],” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa akaun TikTok memuat naik beberapa bantuan yang kononnya disalurkan kerajaan sehingga mendapat lebih 18,000 tontonan dan perkongsian.

Menerusi ruangan komen, apabila orang ramai bertanya bagaimana ingin memohon bantuan tersebut, pemilik akaun itu akan meminta pengguna mengklik pautan mencurigakan yang ada di ruangan ‘biography’.

INFO TAMBAHAN: 
jika anda mengisikan link tersebut maka anda dalam bahaya kerana, tujuan mereka buat ini adalah mengambil tac no telefon anda! mereka boleh ambil alih telegram anda ataupun mana-mana akaun social media anda mahupun email anda. paling popular seakrang cuba lihat fb ads atau enjin carian, hampir semua iklan mereka seperti contoh jawatan kosong, bantuan tunai, dan macam-macam lagi. pastikan anda jangan cuai dan klik sembarang dan mengisi data peribadi anda! 

Search
Categories
Read More
Crime
Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya
TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan...
By Gakeps Official 2024-08-13 12:12:56 0 3K
Opinion
Seorang Pekerja Feri Hilang Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Sungai
KINABATANGAN: Pekerja feri hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di kawasan...
By Iklan viral 2024-09-01 21:48:08 0 2K
Local News
Budak perempuan 9 tahun cedera parah, motosikal langgar lubang
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya...
By Gakeps Official 2024-08-24 22:47:34 0 2K
World News
lebih 100 ribu pelarian Rohingya dijangka akan masuk Malaysia
Negara kita berkemungkinan akan menghadapi gelombang besar pelarian etnik Rohingya tidak lama...
By Gakeps Official 2024-11-07 06:41:37 0 2K
Crime
Salah faham punca lelaki dibunuh di Tawau
TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing serta menemui sebilah parang dipercayai...
By Gakeps Official 2024-09-02 11:35:08 0 2K