Formula kerajaan menjadi, pengusaha bas Singapura kantoi selama ini ‘sebat’ subsidi Malaysia

0
9KB

Kerajaan nampaknya mengambil langkah tepat dalam menangani isu kecurian diesel melibatkan negara jiran dengan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

Ia terbukti apabila beberapa pengusaha bas di Singapura mengumumkan kenaikan pakej melancong ke negara ini, kononnya terkesan dengan penyasaran diesel tersebut.

Dalam laporan dikeluarkan CNA Singapura, Singapore Cab Booking yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan antara kedua-dua negara berkata, kenaikan 50 peratus harga diesel adalah hampir sama dengan harga di Singapura ditambah dengan pembayaran tol.

Ketua Pegawai Eksekutifnya turut memaklumkan hasratnya untuk meningkatkan harga sekurang-kurangnya 20 peratus dalam beberapa bulan akan datang untuk pakej baharu.

Perkara itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dan tidak kurang juga kecaman hebat daripada majoriti rakyat Malaysia yang mempersoalkan tindakan pengusaha bas di Singapura.

Hal ini kerana, rata-ratanya beranggapan bahawa penyasaran subsidi diesel itu akhirnya membongkar perbuatan  syarikat bas dari negara jiran yang mengambil hak rakyat Malaysia dengan menggunakan subsidi kerajaan.

“Oh wow, patutlah bising rupanya lama dah lama bocor kat situ. Teruskan buat subsidi bersasar tu. Dah nampak satu persatu dalang-dalang salah guna subsidi ni kantoi sendiri,” kata salah seorang warga maya.

“Maksudnya, keputusan kerajaan untuk potong subsidi dan bagi pada hanya yang layak buahkan hasil lah? Adakah syarikat dari Singapura gunakan minyak subsidi Malaysia? Siasat jangan tak siasat,” tulis @pudseposen.

“Buat perniagaan di Singapura, isi minyak kat Malaysia. Pakai minyak subsidi. Bagus isi tembolok (tamak) profit gila. Padan muka dah tak ada subsidi,” luah @techsupremo.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Film
+$+Leaked~VIDEOS)** imsha rehman Viral MMS Leaked Video Xvideo bf xxx sex imsha rehman Oficial on Instagram yrm
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-16 09:54:53 0 1KB
Other
How to Choose the Perfect Door Shop for Your Needs – A Complete Guide
Are you eager to find a stunning entrance that reflects your style? If so, you are not alone....
Von Harry Wandusen 2025-03-03 22:44:43 0 574
Film
Cece Rose Leaked Viral Video New Update Files & Pict wck
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Von Borfeg Borfeg 2025-01-20 13:33:45 0 793
Film
Popular Kenyan TikToker Njoki Murira Addresses Alleged Sex Tape Leak
Kenyan TikTok sensation Njoki Murira has found herself at the center of a heated online...
Von Nicki Ray 2024-12-24 14:34:28 0 2KB
World News
ini Menteri menderita takut pada buah pisang
STOCKHOLM – Fobia seorang menteri Sweden terhadap pisang menyebabkan pegawai-pegawai akan...
Von Masai Auto car 2024-11-26 23:01:26 0 4KB