Sosej Bukanlah Daging Sebenar, Punca Penyakit Kronik

0
2KB

KUALA LUMPUR – Kesibukan menguruskan kehidupan seharian mendorong ramai golongan ibu bapa mengambil jalan singkat dengan memberikan makanan yang diproses kepada anak-anak.

Memetik sumber Mstar, namun kajian menunjukkan bahawa makanan ini, terutamanya yang mengandungi bahan tambahan dan pengawet boleh membawa risiko besar kepada kesihatan manusia.

Terutama bagi kanak-kanak berumur lapan hingga dua belas tahun, pengambilan makanan seperti sosej dalam jumlah yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit kronik.

Kajian mendedahkan bahawa seorang kanak kanak yang makan sebanyak 12 batang sosej dalam sebulan atau tiga batang seminggu berisiko tinggi untuk menghidap leukemia dan kanser otak.

Kajian mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak yang makan sebanyak 12 batang sosej dalam sebulan atau tiga batang seminggu berisiko tinggi untuk menghidap leukemia dan kanser otak.

Malah, risiko ini dapat meningkat sehingga 700 peratus kerana sosej bukanlah daging sebenar.

Berkongsi pengalaman, seorang ahli fisioterapi dikenali sebagai lzwan memberitahu perubahan dalam demografi pesakit di hospital sangat ketara.

Katanya, beliau sering merawat warga emas, tetapi kini semakin ramai golongan muda yang datang untuk mendapatkan rawatan.

“Ini menunjukkan situasi membimbangkan dalam kesihatan masyarakat, di mana penyakit yang sebelum ini dianggap hanya dihidap oleh orang tua kini turut menyerang generasi muda.

“MAKANAN DIPROSES TERMASUK SOSEJ DAN DAGING BURGER SERING MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET, PEWARNA DAN PERISA TIRUAN YANG TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN.

“Bahan-bahan ini bukan sahaja berpotensi menyebabkan penyakit, tetapi juga boleh mengganggu sistem imun kanak-kanak yang sedang berkembang.

“Kanak-kanak memerlukan pemakanan seimbang dan semulajadi untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan optimal. Kita perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko yang berpunca daripada makanan yang diproses,” katanya.

Makanan yang sihat dan seimbang bukan sahaja penting untuk pertumbuhan fizikal, tetapi juga untuk perkembangan mental dan emosi kanak-kanak.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Infomation
Polypropylene Foam Market Segmentation: Key Product Types and End-Use Industries
Polypropylene Foam Market Growth Analysis, Impressive Trending Strategies, Key Players and...
Por Manoj Marathe 2024-10-14 05:43:44 0 1KB
Crime
Fenomena Pelik Berlaku Di China, 7 Matahari Muncul secara Serentak Di Langit
Fenomena pelik berlaku di China, 7 matahari muncul serentak di langit. Baru-baru ini, sebuah...
Por Gakeps Official 2024-08-24 11:59:01 0 3KB
Crime
Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t telah...
Por Gakeps Official 2024-08-24 11:49:32 0 3KB
World News
Doktor lelaki mengendap doktor wanita mandi digantung tugas
SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi...
Por Gakeps Official 2024-06-22 23:33:35 0 5KB
Opinion
Jual nasi lemak berharga rm0.50 sen peniaga dedah sebabnya
Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai nasi lemak dari seorang pempengaruh yang juga...
Por Iklan viral 2024-11-17 22:51:55 0 1KB