Seorang Maut, Kenderaan Jatuh Gaung Di Bukit Kopungit
KOTA KINABALU: Penumpang maut, manakala pemandu pacuan empat roda cedera selepas kenderaan dinaiki mereka jatuh gaung di Bukit Kopungit Vantage Point, Jalan Bukit Perwira, di sini, semalam.
Dalam kejadian hampir jam 10 malam itu, mangsa berusia 67, yang duduk di bahagian sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu yang berusia 66, cedera dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Rouge dinaiki kedua-dua mangsa itu dipercayai mengundur lalu terbabas dan jatuh ke dalam gaung sejauh 30 meter.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, terdapat seorang mangsa tersepit, manakala seorang lagi tercampak keluar.
Katanya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa kemudian dibawa naik oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke HQE I menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Seorang lagi mangsa yang tercampak keluar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi menyelamat dijalankan 14 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlee Abdullah.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud.
“Operasi ditamatkan pada jam 12.21 tengah malam,” katanya.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Παιχνίδια
- Health
- Κεντρική Σελίδα
- Literature
- Music
- Networking
- άλλο
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Εκπαίδευση
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Προεπισκόπηση
- Vps Forex