Saintis pakar grafik 'dedah' wajah sebenar firaun

0
5كيلو بايت

New York: Selepas 3,500 tahun, sekumpulan saintis dan pakar grafik melakar semula wajah firaun kedua dalam Dinasti Ke-18 Mesir Purba, Amenhotep I.

The Sun US melaporkan, ia terhasil dengan menggunakan tengkorak pada mumia raja itu untuk membina semula wajahnya.

Cicero Moraes, pakar grafik dari Brazil yang terbabit dalam proses ini, berkata mereka menghasilkan wajah itu menggunakan pelbagai kaedah.

Antaranya, ia membabitkan penggunaan penanda ketebalan tisu lembut di sekitar tengkorak firaun, dipandu oleh data imbasan tomografi berkomputer (CT) daripada penderma hidup, untuk mendedahkan kemungkinan bentuk wajahnya.

Satu lagi teknik digunakan ialah deformasi anatomi yang mana rekaan digital kepala penderma diubah suai sehingga tengkorak itu sepadan dengan tengkorak firaun.

Moraes berkata, "Dengan menggabungkan data dari semua unjuran, kami menghasilkan model akhir dan melengkapkan struktur imej itu dengan pakaian bersejarah."

"Kami menghasilkan tiga kumpulan imej. Satu yang objektif, dalam skala kelabu dengan mata tertutup dan tanpa rambut. Satu lagi berwarna, dengan rambut dan mata terbuka, serta versi yang lebih artistik dengan semua elemen dan kostum."

Hasilnya ialah wajah yang "berwibawa," katanya.

Untuk pembinaan semula ini, salinan maya tengkorak firaun dibuat, ia dilakukan menggunakan data kajian 2021 oleh pakar Mesir, Sahar Saleem dan Zahi Hawass, yang mana mumia Amenhotep 'dibuka secara maya' melalui imbasan CT.

Ahli arkeologi Michael Habicht dari Flinders University di Australia, menerangkan beberapa butiran yang diperoleh daripada kajian ini.

Beliau berkata, kajian itu tidak menunjukkan punca kematian, tetapi menetapkan umurnya ketika kematian kira-kira 35 tahun.

Kajian itu menunjukkan bahawa firaun itu mempunyai ketinggian 1.68 meter, giginya dalam keadaan baik, dan rambutnya berkerinting.

"Dia juga mengalami beberapa kecederaan selepas kematian, kemungkinan disebabkan oleh perompak makam atau pengawet mayat mumia itu."

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Film
+>!~!Viral@Xvideo!! xxx Jaden Newman MMS Leak xxx ugd
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
بواسطة Borfeg Borfeg 2025-01-08 08:12:29 0 1كيلو بايت
World News
Polylactic Acid Prices, Trend & Forecast | IMARC Group
North America Polylactic Acid Prices Movement Q3:Polylactic Acid Prices in the United States:...
بواسطة Stephen Thomas 2024-12-12 12:57:38 0 3كيلو بايت
أخرى
Australia Automotive Pneumatic Actuators Market: Trends, Growth, and Future Projections 2024-2032
The Australia automotive pneumatic actuators market is poised for significant growth, with an...
بواسطة Sabrina Willson 2024-12-19 05:10:25 0 3كيلو بايت
Film
(full video!)One Frog One Girl Viral Link On Social Media X pdp
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
بواسطة Borfeg Borfeg 2025-01-18 02:49:32 0 1كيلو بايت
أخرى
Mattress Market Report 2025-2033, Industry Growth Opportunities, and Forecast
The latest report by IMARC Group, titled “Mattress Market Report by Product...
بواسطة John Patrik 2025-03-19 12:19:17 0 463