Isyarat Baru MH370 Dikesan Di Australia Barat
LONDON: Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
The Telegraph melaporkan bahawa isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
Hidrofon ini yang pada asalnya direka untuk mengesan ujian nuklear dilarang, mengambil isyarat sekitar masa pesawat itu dipercayai terhempas.
Berdasarkan kajian penyelidik, pesawat Boeing 777 seperti MH370 akan menjana tenaga kinetik setara dengan gempa bumi kecil jika ia terhempas pada kelajuan 200 meter sesaat.
Kesan sedemikian akan cukup besar untuk dirakam oleh hidrofon beribu-ribu batu jauhnya.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.
Penerbangan pesawat B777-200 itu berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, hari yang sama.
Walaupun pencarian meluas meliputi lebih 119,140 kilometer persegi, hanya 18 serpihan pesawat ditemui terdampar.
Untuk rekod, pencarian MH370 antara termahal dalam sejarah dunia penerbangan melibatkan kos AS$200 juta (RM837.47 juta) membabitkan 120,000 meter persegi lokasi pencarian.
Pada Mac lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Malaysia komited untuk meneruskan pencarian pesawat MH370.
Katanya, Malaysia sedia untuk bertemu dengan firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity bagi membincangkan cadangan pencarian itu atas kapasiti ‘no find, no fee’ (tidak jumpa, tiada bayaran), seperti yang dicadangkan waris penumpang pesawat berkenaan.
Oceans Infinity dilaporkan bersedia untuk memulakan misi pencarian pada November tahun ini.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Παιχνίδια
- Health
- Κεντρική Σελίδα
- Literature
- Music
- Networking
- άλλο
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Εκπαίδευση
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Προεπισκόπηση
- Vps Forex