Polis lepaskan tembakan selepas cuba dirempuh sebuah kereta di telipok

0
1K

TUARAN: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan terhadap sebuah kereta selepas dipandu laju melawan arus di Jalan Tuaran berhampiran stesen minyak Pekan Telipok, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki terbabit dipandu secara merbahaya termasuk cuba merempuh kereta peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian disedari kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, pasukan MPV IPD Tuaran yang menerima maklumat terus ke lokasi untuk membantu.

“MPV polis cuba menahan dan menghentikan kereta yang dinaiki dua orang suspek berkenaan, bagaimanapun, suspek bertindak memecut dan cuba merempuh kenderaan polis.

“Bertindak balas daripada kejadian berkenaan, pihak polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kenderaan suspek berjaya dihentikan dan dua suspek diberkas.

Noraidin berkata, tujuan tembakan dilepaskan untuk menghentikan kenderaan serta mempertahankan diri dan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, kenderaan yang dipandu laju menghala ke Taman Sri Rugading itu akhirnya berjaya dihentikan.

“Sebaik ditahan, kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis sejurus selepas itu.

“Kedua-dua suspek dikenalpasti sebagai warga tempatan berusia lingkungan 30-an. Hasil pemeriksaan kereta suspek berjaya menemui peralatan menghisap dadah jenis syabu,” katanya.

Noraidin berkata, semakan pihak polis mendapati kedua-dua orang suspek mempunyai beberapa rekod jenayah
lampau.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Noraidin berkata, pihak polis menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan mengganggu siasatan pihak polis.

Katanya, sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta tampil di Balai Polis Tuaran atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran. – Info X

sumber : https://sabah.kupikupifm.my/polis-lepaskan-tembakan-selepas-cuba-dirempuh-sebuah-kereta/

Zoeken
Categorieën
Read More
World News
Monyet selamatkan budak perempuan daripada diperkosa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun  terselamat selepas sekumpulan monyet liar...
By Iklan viral 2024-09-27 06:00:49 0 1K
World News
Seorang Lelaki Dipenjara 10 Hari Selepas Marah Jiran Melalui aplikasi WeChat
CHINA – Seorang lelaki di China dikenakan hukuman penjara 10 hari selepas jirannya membuat...
By Omiyou Network 2024-09-11 11:22:24 0 2K
Onderwijs
Rupanya inilah kelebihan RM1 yang ada tanda tangan ‘Aishah’
Ramai pengumpul wang atau numismatik sedang mencari wang kertas RM1 yang bertandatangan...
By Gakeps Official 2024-08-14 11:08:54 0 3K
Opinion
PROJEK PERSEKUTUAN DI SABAH PERLU DIPERCEPATKAN, TIDAK PERLU TUNGGU HAK MILIK TANAH – HAJIJI
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek pembangunan...
By Gakeps Official 2024-10-09 00:24:08 0 987
Local News
Harga santan kelapa cecah RM16 sekilogram
KUALA TERENGGANU - Harga buah kelapa yang mencecah sehingga RM3 sebiji menjadi punca kenaikan...
By Iklan viral 2024-11-23 00:07:22 0 460