Gadis Berumur 17 tahun kahwin lebih 15 kali demi wang

0
881

Kesusahan hidup menyebabkan seorang wanita di sini dikenali sebagai Cahaya sanggup menjadi isteri sementara lebih 15 kali.

Berkongsi pengalaman pahitnya, Cahaya memberitahu LA Times bahawa dia berkahwin lebih 15 kali dengan pelancong dari Timur Tengah.

uami pertamanya adalah seorang lelaki dari Arab Saudi berusia 50 tahun membayar harga pengantin RM3,588 namun akan dibahagi kepada ejen dan pegawai, dia hanya menerima separuh daripada jumlah itu.

Lima hari selepas perkahwinan, lelaki itu akan menceraikannya dan ‘terbang’ pulang ke tempat asal.

Cahaya mendedahkan dia akan mendapat antara RM1,200 hingga RM2,110 bagi setiap perkahwinan yang menurutnya hanya cukup untuknya membayar sewa rumah dan menyara datuk serta neneknya yang sakit.

Menurut South China Morning Post, wanita muda dari latar belakang miskin memasuki perkahwinan jangka pendek dengan pelancong lelaki, terutamanya dari Timur Tengah, sebagai pertukaran wang.

Fenomena ini berleluasa di Puncak, destinasi popular di Indonesia Barat, yang menarik pelancong Arab. Bagaimanapun, sebilangan pengunjung mengeksploitasi wanita tempatan melalui perkahwinan sementara yang diatur oleh agensi di kawasan peranginan gunung Kota Bunga.

Agensi memperkenalkan pelancong kepada wanita tempatan. Apabila kedua-dua pihak bersetuju, mereka mengadakan majlis perkahwinan yang cepat dan tidak rasmi, selepas itu lelaki itu membayar harga pengantin kepada wanita itu.

Sebagai balasan, wanita itu menyediakan perkhidmatan seperti seorang isteri, dan apabila pelancong itu pergi, perkahwinan itu dibubarkan.

Seorang lagi wanita, Nisa, terlepas daripada kegiatan ini selepas sekurang-kurangnya 20 perkahwinan sementara.

Dia bertemu dengan seorang pegawai imigresen Indonesia, berkahwin dengannya, dan memulakan hidup baru dengan dua anak lelaki serta berikrar tidak akan kembali ke masa lalunya.

Perkahwinan sementara ini, yang dikenali sebagai nikah mutaah atau ‘perkahwinan keseronokan’ berakar umbi budaya Islam Syiah.

Namun, majoriti ulama menggelar perkahwinan sebegini sebagai ‘tidak boleh diterima’. Pengaturan sementara ini juga tidak diiktiraf oleh undang-undang Indonesia, kerana ia menjejaskan tujuan asas perkahwinan.

Amalan ini menimbulkan kebimbangan serius tentang eksploitasi wanita yang terdedah pelancongan seks, dan kekurangan perlindungan untuk hak wanita.

Pengkritik dan orang di media sosial menyelar amalan itu, dengan alasan bahawa ia mengekalkan pemerdagangan manusia, penderaan dan eksploitasi, mengambil kesempatan daripada komuniti yang dilanda kemiskinan.

Rechercher
Catégories
Lire la suite
World News
Persetubuhan tanpa rela, seorang bekas inspektor polis diarah bayar 2 wanita Mongolia RM820k
Mahkamah sivil memutuskan seorang bekas inspektor polis membayar RM820,000 kepada dua wanita...
Par Gakeps Official 2024-06-28 11:44:12 0 4KB
Infomation
Fathia Latiff mengakui suntik ‘filler’ demi nampak cantik & muda
Pelakon Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya demi untuk kelihatan...
Par Gakeps Official 2024-09-01 06:49:01 0 2KB
Crime
Gila! Seorang Budak perempuan tingkatan satu kena rogol dengan 26 orang lelaki
SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun trauma selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan...
Par Omiyou Network 2024-06-21 11:03:52 0 4KB
Infomation
Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji
TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat...
Par Gakeps Official 2024-08-15 14:22:08 0 3KB
Crime
Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng Di Sabah adalah Kenyataan Keterlaluan – Polis
KOTA KINABALU : Polis Sabah menganggap kenyataan bahawa dadah dijual seperti pisang goreng...
Par Gakeps Official 2024-07-09 13:11:23 0 4KB