BANTUAN STR 2025 TARIKH SEMAKAN : (FASA 1) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

0
110

Skim bantuan tunai kerajaan telah ditambah baik bagi memastikan isi rumah, warga emas, dan individu bujang berpendapatan rendah, menerima bantuan yang sewajarnya terutama mereka yang paling terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

yarat penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH SEMAKAN LULUS BANTUAN STR 2025

Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2025 FASA 1

Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMA KAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun Bank Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMA KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

RUJUKAN

ebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan. sila berhati-hati menyemak akaun anda kerana ramai orang tak bertanggungjawap sekarang mencuri data social media atau telegram ada, jangan isi maklumat pada link selain laman lhdn..

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf